Archive for January, 2010

Malaysia Internet Summit (MIS) – 21 Feb 2010

Pernahkah anda mendengar nama event di atas sebelum ini?

… mungkin pernah atau mungkin tidak?… Tak pasti?

Sebenarnya, di Malaysia memang pernah diadakan sebuah event seperti ini. Untuk pengetahuan anda event ini adalah berkenaan perniagaan Internet. Namun event tersebut telah berlaku beberapa tahun lepas. Pada waktu itu ia mengumpulkan ramai usahawan-usahawan Internet dari Malaysia dan juga luar negara.

Seingat saya, antara Internet Marketer (IM) tempatan yang terlibat dalam event tersebut ialah seperti Patric Chan (dimana beliau telah diundang sebagai speaker).

Namun, dalam event tersebut semua bahasa pengantaraan dan persembahan adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi sememangnya semua perserta perlu memahami bahasa Inggeris.

Baiklah… itu cerita lepas. Kini saya nak kongsikan kepada anda satu cerita baru dan…. MASIH PANAS! :-)

Kini, Malaysia Internet Summit (MIS) julung-julung kalinya akan diadakan pada tahun ini. Maklumatnya seperti di bawah:

  • Tarikhnya: 21 hb, Febuari 2010 (Ahad). 
  • Tempat: PWTC, KL.

Bezanya MIS kali ini adalah perkongsian ilmu perniagaan Internet oleh para IM Malaysia dan bahasa pengantar dalam Bahasa Melayu. 

Antara pengisiannya pula beberapa orang speaker yang terdiri daripada para IM tempatan yang dijemput khas (seperti nama-nama di bawah) akan memberikan persembahan kepada anda. Di akhir sesi akan diadakan pula sesi forum di antara para IM.

Antara IM jemputan yang akan memberikan talk istimewa pada hari tersebut adalah:

  1. Dr. Irfan Khairi
  2. Shuth
  3. SmartZul
  4. Gobala Krishnan
  5. Sabri Saifulsham
  6. dan lain-lain IM tempatan lagi.

Sememangnya acara seperti ini amat mengujakan. Kerana bukan senang untuk mengumpulkan mereka semua dalam satu acara. 

Anda akan menerima banyak maklumat dan ilmu tentang perniagaan Internet dalam acara ini nanti daripada mereka. Saya syorkan anda harus mempertimbangkan untuk hadir ke acara ini.

Saya harap anda jangan lepaskan peluang ini. Ingat tarikhnya pada 21 Febuari 2010. (lama lagi tu.. tapi kena rancang awal untuk memudahkan anda nanti)

Tidak keterlaluan saya katakan, inilah acara terbesar pada tahun ini yang akan mengumpulkan para IM Malaysia. Dalam masa yang sama para IM ini pula akan berkongsi ilmu menarik tentang perniagaan Internet sepanjang program MIS berlangsung.

Saya dimaklumkan pihak penganjur menyediakan tempat yang terhad. Dan sebagai penghargaan untuk 100 orang pertama, potongan diskaun RM100 daripada harga tiket akan diberikan.  Tawaran diskaun ini hanya tinggal 39 tempat sahaja lagi.

Untuk mengetahui cara penyertaan dan maklumat MIS sila klik di bawah ini:

P/S - Saya juga telah diundang sebagai salah seorang IM jemputan. Nak tahu slot mana saya akan muncul? Klik di sini .. :-)


1 Puchong Business Park.

Selepas beberapa hari memikirkan, berbincang dan beristikharah akhirnya keputusan memilih 1 Puchong Business Park adalah pilihan yang paling tepat. (harap-harap memang tepatlah kini dan selamanya..)

Antara sebab-sebab pemilihannya (bukanlah sebab nombor 1 tu semata-mata):

  1. Lokasi di tepi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Landmark yang mudah untuk dicari.
  2. Ada 2 hotel penginapan kelas sederhana. Memang sangat bersesuaian untuk eksekutif yang perlu bermalam di Puchong.
  3. Jarak antara hotel dan pejabat adalah berjalan kaki sahaja.
  4. Persekitaran yang selesa (tidak terlalu sibuk dan tidak terlalu sunyi).
  5. Persekitaran yang bersih.
  6. Persekitaran yang sesuai untuk jalan-jalan cuci mata… IOI Mall Jusco, Tesco, Giant semuanya berdekatan (driving beberapa minit sahaja).

Lokasi di 1 Puchong Business Park. Di tepi laluan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP- bertentangan dengan IOI Mall) yang sentiasa ‘hidup’ dengan kenderaan bertali arus.

 

Hotel Sun Inns & Hotel Boutique - untuk yang datang dari jauh dan perlu menginap bolehlah menginap di sini. 

 

Bangunan 4 tingkat ini bernilai RM1.5+ juta. Dimiliki oleh seorang bekas pengurus bank  (baru pencen) dari Sarawak. Anak panah… di sinilah bakal muncul pada Febuari 2010. InsyaAllah…

Parking lot ada kedua-dua belah… bermakna extra la tu!

Lif tersedia.. tak semua premis ada lif. Memang tepat la pilihan unit ni. Tekan 1.

Ruang depan…

 

Ruang belakang.

Arkitek Plan sedang merancang…. hehehe…

Masa tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum Febuari. InsyaAllah mudah-mudahan sempatlah menjelang awal Febuari nanti.

Jadi… selepas ni kena full swing lah di sini… untuk mencapai target menyiapkan kerja-kerja sepanjang 2 minggu ini.


Apa itu pemasaran e-mel?

Apa itu pemasaran e-mel atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil e-mail marketing?

Secara ringkasnya sebarang e-mel yang dihantar kepada seseorang dengan tujuan atau objektif akhirnya untuk perniagaan (seperti promosi, perkenalkan produk dan yang seangkatan dengannya) adalah dikenali sebagai pemasaran e-mel atau e-mail marketing. (rujukan wikipedia)

Anda tentu pernah menerima berbagai-bagai e-mel seperti ini. Saya pun banyak menerima e-mel seperti ini sehinggakan penuh kotak emel saya tetapi kebanyakannya daripada penghantar yang tidak saya kenali.

Sebenarnya e-mail marketing adalah salah satu teknik pemasaran yang berkesan dalam perniagaan. Teknik ini telah digunakan sejak dulu lagi sehinggalah sekarang kerana komunikasi emel masih relevan.

Antara kelebihan menggunakan pemasaran emel:

  1. Jimat kos. Tiada caj untuk menghantar emel.
  2. Emel akan sampai terus kepada penerima.
  3. Tiada sempadan. Mana-mana prospek di seluruh dunia boleh menerima emel.
  4. Boleh meletakkan seberapa banyak maklumat pemasaran di dalam emel samada teks, gambar, lampiran atau video.
  5. Boleh meletakkan link laman web di dalam emel. Penerima emel boleh terus klik untuk ke laman web produk anda.

Tetapi, dari pemerhatian saya di Malaysia, masih banyak organisasi atau individu tidak menggunakan kaedah ini.

Jika ada pun, mereka menggunakannya dengan kaedah yang salah. (tetapi pada anggapan mereka dirasakan betul). Hakikatnya hanya Internet Marketer yang boleh mentafsirkan kaedah mana yang betul dan salah.

Kenapa saya kata demikian? Ini kerana kebanyakan mereka (saya merujuk kepada sales person) mempromosikan produk mereka melalui e-mel dengan cara menghantar e-mel kepada satu kumpulan prospek atau pelanggan-pelanggan mereka secara manual.

Mungkin mereka mempunyai 100, 1000, 5000, 10000 bahkan ada yang beratus ribu alamat atau senarai emel.

Senarai emel di atas juga dipanggil sebagai e-mail list.

Apabila mereka hendak menghantar e-mel kepada pelanggan atau prospek (guna e-mail list tadi), maka mereka akan menghantarnya menggunakan akaun e-mel peribadi mereka seperti yahoo, gmail, hotmail dan sebagainya atau menggunakan akaun e-mel syarikat  mereka.

Kaedah ini dinamakan e-mail blast.

Akibat daripada cara ini, ada di antara e-mel ini (kebanyakannya) tidak diterima terus ke dalam kotak emel penerima. Sebaliknya ia masuk ke dalam kotam Spam atau Bulk.

Bagi kebanyakan kes, apabila penerima tidak mengenali siapa penghantar emel, maka penerima akan melabelkan emel yang diterima sebagai Spam di dalam sistem emel mereka.

Oleh itu, penghantaran emel seterusnya oleh penghantar hanya sia-sia sahaja kerana emel yang dihantar akan terus masuk kek kotak SPAM atau BULK dan bukannya di dalam kotak INBOX seperti kebiasan emel lain.

Sebenarnya sekumpulan senarai emel yang dihantar oleh seseorang tanpa ada restu atau persetujuan daripada penerima juga adalah dikenali sebagai Spam.

Di dalam undang-undang siber, melakukan SPAM boleh didakwa sebagai melakukan jenayah siber (Spam Act).

Untuk mengatasi masalah ini, hanya ada SATU sahaja penyelesaiannya. Dan inilah juga cara dan kaedah pemasaran e-mel yang betul. Ianya adalah 100% dijamin sah dan selamat.

Iaitu dengan menggunakan Sistem Autoresponder.

Dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh mendapatkan kebenaran daripada prospek samada beliau bersetuju atau tidak untuk anda menghantar emel kepadanya.

Sekiranya bersetuju, anda boleh menghantar kepada sekumpulan senarai emel pada bila-bila masa sahaja. Anda boleh menghantar kepada sejumlah prospek tanpa ada masalah.

Dan lebih menarik lagi setiap emel yang anda hantar tersebut boleh disertakan nama sebenar penerima.

Dengan cara ini, hubungan komunikasi anda dengan prospek menjadi lebih mesra dan tidaklah menampakkan bertujuan untuk jual beli semata-mata tetapi lebih kepada menjalin hubungan yang baik terlebih dahulu.

Anda boleh juga mengingati no telefon bimbitnya, asal usulnya, bulan kelahirannya dan sebagainya (tanpa perlu menyalin dimana-mana) walaupun anda ada ribuan malah ratusan ribu senarai e-mail.

Bukankah senang dan canggih begitu?

Dimanakah anda boleh mendapatkan sistem autoresponder ini?

Sebenarnya ada banyak sistem autoresponder yang terdapat di seluruh dunia. Tetapi anda perlu memilihnya dengan berhati-hati. Ada yang berbayar dan percuma.

Namun, berbayar adalah yang terbaik. Di antara berbagai sistem autoresponder berbayar yang ada, hanya ada 2 pilihan yang terbaik di dunia.

Iaitu:

  1. Sistem Aweber di Aweber.com
  2. Sistem Getresponse di Getresponse.com

* Untuk pengetahuan anda, saya menggunakan sistem Aweber sejak mula menceburi perniaagaan Internet sepenuh masa hingga sekarang untuk pemasaran e-mel perniagaan Internet saya. Ianya memang terbukti berkesan.

Anda boleh mencuba menggunakan sistem di atas. Mereka menyediakan kemudahan trial. Cubalah kedua-duanya…. tetapi saya sangat mengsyorkan Aweber kerana ia digunakan oleh kebanyakan Internet Marketer (IM) di dunia.  Namun kedua-duanya adalah yang terbaik buat masa ini!


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress