Menurut kajian – “Manusia menggunakan Internet kerana…? Jawapannya: “Untuk mencari maklumat”
Sebenarnya, apabila seseorang telah menjumpai maklumat yang sangat diperlukan olehnya maka pasti mereka akan merasakan ianya sesuatu yang sangat berharga.
Kenapa ia sangat berharga? Kerana maklumat yang diperolehi telah dapat menyelesaikan masalahnya.
Sudah menjadi sifat manusia waras sentiasa ingin menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin. Jadi tidak hairanlah jika ada yang sanggup berbelanja seberapa banyak pun untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contoh paling mudah ialah seperti masalah kesihatan, kewangan, pelajaran dan sebagainya.
Mereka sanggup membayar harga yang tinggi asalkan masalah mereka dapat diselesaikan secepat mungkin.
Jadi… untuk tujuan itu, sebagai seorang pemasar Internet (IM) yang memiliki produk-produk yang boleh menyelesaikan berbagai masalah orang ramai, anda harus pandai menyampaikan maklumat tersebut. Oleh itu, anda harus tahu menulis maklumat yang anda miliki dan seterusnya dapat memikat mereka untuk mendapatkan produk anda.
Anda harus tahu cara menuliskan maklumat tersebut. Teknik penulisan yang betul dengan bahasa dan kata-kata yang sesuai perlu diambil perhatian oleh anda untuk memikat prospek mendapatkan produk-produk terbaik daripada anda.
Penulisan yang dimaksudkan bukanlah penulisan biasa semata-mata. Penulisan tersebut boleh dikategorikan sebagai:
- penulisan bagi menyampaikan mesej-mesej jualan (surat jualan)
- penulisan bagi kempen-kempen, promosi-promosi serta pengiklanan
- penulisan bagi menarik seberapa ramai prospek
- penulisan bagi membina nama serta kredibiliti
- penulisan bagi membina hubungan berterusan dengan pelanggan
- penulisan bagi penghasilan produk-produk informasi
- dan banyak fungsi penulisan…
Salah satu tips penulisan:
Tidak kiralah apa sahaja fungsi penulisan seperti yang diterangkan di atas ianya haruslah dituju terus kepada emosi pembaca kerana tanpa suntikan emosi penulisan anda tidak mampu menghasilkan keputusan yang anda inginkan.
Oleh itu bagi memudahkan anda menguasai kemahiran penulisan seperti ini, sebuah pakej ebook diberi nama “Rahsia Sistem Pemikat Jualan” hasil tangan 2 anak muda dari Team Pemikat Jualan iaitu Saudara Zahrul Azua dan Saudara Safuan telah dihasilkan.
Saya telah diberi kesempatan oleh mereka untuk membaca kandungan ebook ini satu per satu. Mereka telah memberikannya secara percuma kepada saya dengan tujuan untuk meminta pandangan dan maklumbalas saya tentang apa yang mereka tuliskan.
Setelah membacanya.. terus terang saya katakan kandungan ebook-ebook yang dihasilkan adalah ebook terbaik dalam kategori ebook akademik yang pernah saya baca. Bukan 1 ebook ya… malah ada 6 ebook yang berkaitan dengan teknik penulisan.
Dari pemerhatian saya, inilah juga ebook pertama (langkap) teknik penulisan pertama dalam Bahasa Melayu (100%) yang dihasilkan. (Sebelum ini Zahrul Azua juga ada menghasilkan ebook fizikal namun ia hanya sebuah buku sahaja tetapi ebook yang dihasilkan kali ini lebih lengkap dengan mengandungi 6 buah ebook kesemuanya)
Saya rasa cukup bangga dengan hasil kerja 2 anak muda ini kerana dapat memberikan ilmu yang sangat berharga dalam teknik pemasaran penulisan Internet yang berkesan. Inilah juga maklumat yang saya cari-cari selama ini tentang teknik penulisan yang berkesan. Akhirnya keinginan saya dimakbulkan.
Tentu ramai orang di luar sana, (termasuk anda juga) yang memerlukan rujukan dan panduan teknik menulis untuk memikat jualan produk anda dengan betul dan berkesan.
Jadi inilah ebook terbaik (dan satu-satunya sumber rujukan dalam bahasa Malaysia paling lengkap) yang ada di Malaysia buat masa ini.
Oleh itu, tidak rugilah kepada sesiapa yang ingin memilikinya. Saya rekomen sangat supaya anda dapatkannya sekarang.
Harganya pun murah sahaja iaitu cuma RM60 sahaja.
Oleh kerana terdapat 6 ebook kesemuanya bermakna jika satu ebook hanya RM10 sahaja!…hohoho.. murahnya lah. Ia dalam bentuk satu pakej lengkap jadi anda perlu memiliki kesemuanya supaya pemahaman anda terhadap teknik memikat jualan melekat dan mantap!
Tajuk Ebook 1
Rahsia Sistem Pemikat Jualan Satu Pengenalan (40 m/s)
Tajuk Ebook 2
Produk Informasi Sebagai Senjata Perniagaan Anda (40 m/s)
Tajuk Ebook 3
Bagaimana Menulis Produk Informasi Yang Mampu Memikat Dan Memukau Emosi Pembaca (45 m/s)
Tajuk Ebook 4
Bagaimana Menulis Sebuah Ebook Dalam Masa Sehari Atau Kurang (50 m/s)
Tajuk Ebook 5
Bagaimana Membina & Menulis Surat Jualan PEMIKAT Yang Mampu Menjual Terus Kepada Emosi Pembaca (50 m/s)
Tajuk Ebook 6
Sistem Pemasaran Informasi (30 m/s)
Teknik yang diperkenalkan sememangnya sangat mudah untuk dipelajari, diikuti dan dikuasai. Inilah kehebatan Sistem Pemikat Jualan sehingga anda yang tiada pengalaman dalam penulisan juga boleh menguasainya.
Untuk mengetahui lebih lanjut, klik di sini ke laman web tersebut.
Ebook cover seperti di bawah:
Sila beri komen kepada saya selepas anda membaca ebook ini nanti.
.gif)

January 7th, 2010 on 1:51 pm
Смеяться не грешно, но признаваться в этом при чтении подобной информации по крайней мере удивило меня!:))
January 9th, 2010 on 3:09 pm
Очень интересно.
January 10th, 2010 on 9:31 am
Большое спасибо, прикольно написанно “креативно”