Kenangan Lalu | Perniagaan Internet | Tiada Yang Spesifik
RSS:
Publications
Comments

PTN Terbaru Negeri Sembilan

Pada 9 Disember (Rabu) lalu, EzGuard telah mempunyai PTN terbaru untuk Negeri Sembilan. PTN tersebut adalah dari syarikat Ultrabest Security Services Sdn. Bhd. Syarikat ini beribupejabat di Wangsa Maju, K. Lumpur.

UltraBestSecurity

Saya telah menemui En. Azezul iaitu Director syarikat ini semasa pelantikan dan penyerahan EzGuard di pejabatnya. Beliau sangat mesra dan ramah. Masih muda lagi, tetapi mempunyai wawasan yang jauh dalam perniagaan syarikatnya. Walaupun baru pertama kali bertemu tempohari tetapi seperti sudah kenal lama.

Syarikat  Ultrabest SSSB diasaskan oleh ayahnya sendiri iaitu Mejar Jeneral Dato Oseman Bin Chik (B), merupakan bekas seorang pegawai tertinggi ATM. Jawatan terakhir beliau ialah Panglima Logistik Tentera Darat Malaysia.

Sepanjang kami berbual tentang perniagaan, dapat disimpulkan syarikatnya semakin berkembang maju sekarang ini. Walaupun syarikat ini baru ditubuhkan pada bulan Mac 2009, tetapi projek-projek kawalan keselamatan syarikat telah diperolehi di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Dengan reputasi yang besar dalam bidang ketenteraan dan keselamatan, misi syarikat ini memang hebat. Ini termasuklah dalam mengaplikasikan penggunaan EzGuard dalam perkhidmatan kawalan keselamatan untuk syarikat mereka dan pelanggan (seperti yang diceritakan oleh beliau kepada saya).

Pada awalnya, beliau merancang untuk menjadi PTN Selangor/KL. Namun kerana kesibukan dengan tugas, beliau terlepas peluang menjadi PTN Selangor/KL kerana kuota telah penuh. Namun demikian, oleh kerana rangkaian perniagaan beliau yang berada di seluruh Malaysia, maka beliau telah memilih Negeri Sembilan untuk PTN Negeri.

Sekiranya anda yang berada di Negeri Sembilan atau yang berdekatan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang EzGuard, alamat beliau di Negeri Sembilan ialah:

ULTRABEST SECURITY SERVICES SDN BHD
165 Jalan Meranti 1,

Taman Bukit Chedang,

70300 Seremban,

Negeri Sembilan.

03-4142 3244 (Pejabat)

012-312 2586 (Azezul)

Silalah hubungi beliau terlebih dahulu untuk temujanji.

Anda boleh melihat profile syarikat Ultrabest Security Services Sdn. Bhd. di laman web ini. www.UltraBestSS.com

2 Comments to "PTN Terbaru Negeri Sembilan"

  1. yahya bin chik's Gravatar yahya bin chik
    December 11, 2009 - 6:19 pm | Permalink

    Tahniah kepada Ultrabest SS Sdn Bhd kerana menjadi PTN Negeri Sembilan. Tahniah Kepada En Azizul Dato Oseman . Jumpa Amda di puncak kejayaan

    Salam Dari Yahya – Asas Security Services Johor Region.

    [Reply]

    Zaki Reply:

    Terima kasih En. Yahya kerana melawati blog ini… semoga bisnes tuan juga maju jaya…

    InsyaAllah jika diizinkan bolehlah kita berjumpa nanti…

    [Reply]

  2. awisqurni's Gravatar awisqurni
    December 14, 2009 - 6:29 pm | Permalink

    Salam… Alhamdulillah bisnes En. Zaki bertambah maju… sy respek la pada orang2 islam yang buat bisnes nie…. sy doakan moga moga urusan kita semua di permudahkan,insyAllah…….

    [Reply]

    Zaki Reply:

    terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya…

    semoga tuan juga diberi kelimpahan Allah swt…

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You can add images to your comment by clicking here.