Archive for December, 2009

eJKM kali ke-2 di JTC.

Pada 7-10 Disember baru-baru ini, kali ke-2 JTC dikunjungi oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk latihan sistem eJKM selama 4 hari.

ejkm2a

Sistem dibangunkan oleh pihak Encoral Digital Solutions Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat pembangun sistem. Sebanyak 20 unit komputer digunakan dalam latihan ini. JTC telah menyediakan semua kemudahan yang diperlukan sepanjang latihan (melainkan catering disediakan oleh pihak JKM sendiri)

ejkm2e ejkm2f

ejkm2i ejkm2d

Latihan telah berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

ejkm2c ejkm2b 

ejkm2g

Emmm.. makan pun sodap…

 ejkm2k ejkm2j

ejkm2l ejkm2h

Sehari sebelum tarikh kursus, kakitangan EnCoral sibuk memeriksa sistem agar dalam keadaan baik.

JTC sentiasa memastikan pelanggan mendapat layanan terbaik dan kemudahan yang disediakan memuaskan. Sekiranya anda sedang mencari-cari kemudahan latihan yang dikendalikan dengan baik dan profesional, anda boleh mendapatkan maklumat tentang JTC di sini.


Solid Force Security Sdn. Bhd.

Saya menerima berita daripada Sdr Husaimi (PTN Selangor/KL), bahawa sebuah syarikat kawalan keselamatan iaitu Solid Force Security Sdn. Bhd. (SFS) beribu pejabat di TTDI Jaya, KL adalah pelanggan terbaru EZGuard.

Pembelian tersebut adalah peringkat awal sebelum SFS bercadang membeli set EZGuard yang seterusnya.

SolidForceSecurity

En. Mohd Jamil Bin Suradi, Pengarah Operasi Solid Force Security Sdn. Bhd. bersama set EZGuard yang diterima.

Terima kasih SFS di atas pembelian tersebut.

P/S : Sebuah syarikat kawalan keselamatan (berstatus VIP) akan menjadi PTN dalam masa terdekat. InsyaAllah. 

P/P/S: Semalam saya telah berjumpa dengan ‘orang penting’ syarikat tersebut, membuat demo dan berbicara tentang kelebihan PTN. Beliau telah menyatakan minat menjadi PTN. Syarikatnya sedang berkembang maju dan terkini mereka mempunyai sejumlah 600 orang pengawal keselamatan di seluruh negara. PTN Negeri mana?… dirahsiakan buat masa ini.

Apa itu EZGuard?


EZGuard di UniMAP, Perlis.

Pada hari Ahad lepas, 29 hb. Nov. maka berangkatlah saya ke Perlis. Inilah perjalanan memandu yang pertama kali ke Perlis kerana sememangnya saya tidak pernah ke sana. Paling jauh pun ke belah utara ialah di Pulau Pinang beberapa bulan lepas.

Sebenarnya, tujuan utama saya ke sana ialah untuk memasang EZGuard yang telah ditempah oleh pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus tetapnya. Saya telah dipanggil oleh salah seorang kenalan saya di sana, kerana UniMAP berminat untuk menggunakan EZGuard di kampus tetap mereka.

Disebabkan bersempena cuti sekolah, maka saya pun bawalah keluarga dan anak-anak sekali ke sana. Temujanji bersama UniMAP ialah pada hari Isnin jam 2 petang. Bermakna, saya telah bertolak sehari awal ke Perlis untuk menjamin temujanji dapat dilakukan dan mengelakkan sesuatu yang tak diingini jika bertolak pada hari yang sama esok.

Perjalanannya memang panjang. Bertolak pada jam 7.30 pagi dari Puchong dan kami sampai di Perlis jam 3.30 petang. Sebelum itu pula kami sempat singgah jalan-jalan makan angin ke Pulau Pinang naik jambatan dan feri. Saja je… nak gembirakan anak-anak.. hehehe…

penang1 penang2

Bila ‘orang darat’ dapat naik feri memang best!

Sampai di sana, terus kami check-in hotel di Kuala Perlis. Memang betullah macam dalam peta tu…tak besar sangat Perlis ni. Hujung ke hujung pun beberapa minit sahaja. Jadi kami menginap di belah hujung Perlis lah… iaitu di Kuala Perlis. Manakala Kangar adalah bandarnya. Itupun hanya dalam 5 minit je perjalanan dari Kuala Perlis.

kualaperlis2 

Inilah antara hotel yang ada di Kuala Perlis. Hotel milik kerajaan negeri. Sesekali nak cuba duk hotel cam gini… hehehe.. Yang penting makanan kena halai…

kualaperlis1

Pemandangan mengadap laut dari bilik hotel. Best juga…

kualaperlis3

Gerai-gerai depan hotel Brasmana yang menyajikan makanan laut di Kuala Perlis. Malamnya kami makan di sini. Memang ramai yang datang ke sini. Parking penuh. Jangan terkejut… mula masuk anda akan dipelawa mesra oleh orang-orang Perlis.. sampai tak tau nak pilih kedai yang mana..tawakal je lah .. hehehe… makanannya bagi saya boleh terima lah… next time kalau nak makan kena tahu gerai mana yang best!

Keesokannya, temujanji kami ke UniMAP. Temujanji diawalkan jam 11 pagi. 

Sampai di sana (kampus Kangar), saya terus memberikan demo EZGuard kepada para pegawai atasan bahagian keselamatan. Demo berjalan lancar. Sesi soal jawab berlangung dan saya pun seronok dapat berkongsikan info-info tentang EZGuard ini. Disamping menunjukkan keupayaan EZGuard untuk memudahkan kerja-kerja rondaan dan pemantauan yang berkesan di kampus.

unimap1 unimap2

Saya sedang memberikan demo kepada pegawai-pegawai keselamatan UniMAP. (Maaf tidak banyak gambar dapat dirakam ketika di UniMAP kerana jurufoto orang baru… hehehe)

Sebenarnya kampus UniMAP banyak berada (merata) di sekitar Perlis. Namun kini secara berperingkat mereka akan berpindah ke kampus tetap di Ulu Pauh.

unimap4

Balik ke esokan harinya sempat jalan-jalan ke Gua Kelam, Wang Kelian & Padang Besar. Alang-alang dah sampai sini… biarlah sampai sempadan terus… hehehe..

guakelam1 guakelam2

Dewasa: RM1.00, Kanak-kanak: RM0.50 sen sahaja!  Puas hati berjalan merentasi gua ni.

wangkelian

Singgah di Wang Kelian (sempadan Malaysia-Thai)… tapi sebenarnya Wang Kalian untuk kami.

UniMAP telah menempah 8 unit EZGuard. Terima kasih UniMAP.

Disamping itu, PTN Perlis telah dilantik iaitu:

Indra Indah Enterprise

Lot 106, Persiaran Jubli Emas,

01000 Kangar, Perlis.

019-546 9233 / 017-465 6277 (Sdr. Sukhaizar Senawi)

Beliau jugalah yang bertanggungjawab memperkenalkan EZGuard ke UniMAP.

Kepada mana-mana syarikat / individu di Perlis yang ingin menggunakan EZGuard untuk keberkesanan rondaan dan pemantauan di premis anda atau menjadi agen EZGuard, bolehlah berhubung terus dengan Sdr Sukhaizar. Anda pasti tak menyesal setelah mengenali EZGuard!


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress