Pada hari Ahad lepas, 29 hb. Nov. maka berangkatlah saya ke Perlis. Inilah perjalanan memandu yang pertama kali ke Perlis kerana sememangnya saya tidak pernah ke sana. Paling jauh pun ke belah utara ialah di Pulau Pinang beberapa bulan lepas.
Sebenarnya, tujuan utama saya ke sana ialah untuk memasang EZGuard yang telah ditempah oleh pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di kampus tetapnya. Saya telah dipanggil oleh salah seorang kenalan saya di sana, kerana UniMAP berminat untuk menggunakan EZGuard di kampus tetap mereka.
Disebabkan bersempena cuti sekolah, maka saya pun bawalah keluarga dan anak-anak sekali ke sana. Temujanji bersama UniMAP ialah pada hari Isnin jam 2 petang. Bermakna, saya telah bertolak sehari awal ke Perlis untuk menjamin temujanji dapat dilakukan dan mengelakkan sesuatu yang tak diingini jika bertolak pada hari yang sama esok.
Perjalanannya memang panjang. Bertolak pada jam 7.30 pagi dari Puchong dan kami sampai di Perlis jam 3.30 petang. Sebelum itu pula kami sempat singgah jalan-jalan makan angin ke Pulau Pinang naik jambatan dan feri. Saja je… nak gembirakan anak-anak.. hehehe…
Bila ‘orang darat’ dapat naik feri memang best!
Sampai di sana, terus kami check-in hotel di Kuala Perlis. Memang betullah macam dalam peta tu…tak besar sangat Perlis ni. Hujung ke hujung pun beberapa minit sahaja. Jadi kami menginap di belah hujung Perlis lah… iaitu di Kuala Perlis. Manakala Kangar adalah bandarnya. Itupun hanya dalam 5 minit je perjalanan dari Kuala Perlis.
Inilah antara hotel yang ada di Kuala Perlis. Hotel milik kerajaan negeri. Sesekali nak cuba duk hotel cam gini… hehehe.. Yang penting makanan kena halai…
Pemandangan mengadap laut dari bilik hotel. Best juga…
Gerai-gerai depan hotel Brasmana yang menyajikan makanan laut di Kuala Perlis. Malamnya kami makan di sini. Memang ramai yang datang ke sini. Parking penuh. Jangan terkejut… mula masuk anda akan dipelawa mesra oleh orang-orang Perlis.. sampai tak tau nak pilih kedai yang mana..tawakal je lah .. hehehe… makanannya bagi saya boleh terima lah… next time kalau nak makan kena tahu gerai mana yang best!
Keesokannya, temujanji kami ke UniMAP. Temujanji diawalkan jam 11 pagi.
Sampai di sana (kampus Kangar), saya terus memberikan demo EZGuard kepada para pegawai atasan bahagian keselamatan. Demo berjalan lancar. Sesi soal jawab berlangung dan saya pun seronok dapat berkongsikan info-info tentang EZGuard ini. Disamping menunjukkan keupayaan EZGuard untuk memudahkan kerja-kerja rondaan dan pemantauan yang berkesan di kampus.
Saya sedang memberikan demo kepada pegawai-pegawai keselamatan UniMAP. (Maaf tidak banyak gambar dapat dirakam ketika di UniMAP kerana jurufoto orang baru… hehehe)
Sebenarnya kampus UniMAP banyak berada (merata) di sekitar Perlis. Namun kini secara berperingkat mereka akan berpindah ke kampus tetap di Ulu Pauh.
Balik ke esokan harinya sempat jalan-jalan ke Gua Kelam, Wang Kelian & Padang Besar. Alang-alang dah sampai sini… biarlah sampai sempadan terus… hehehe..
Dewasa: RM1.00, Kanak-kanak: RM0.50 sen sahaja! Puas hati berjalan merentasi gua ni.
Singgah di Wang Kelian (sempadan Malaysia-Thai)… tapi sebenarnya Wang Kalian untuk kami.
UniMAP telah menempah 8 unit EZGuard. Terima kasih UniMAP.
Disamping itu, PTN Perlis telah dilantik iaitu:
Indra Indah Enterprise
Lot 106, Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis.
019-546 9233 / 017-465 6277 (Sdr. Sukhaizar Senawi)
Beliau jugalah yang bertanggungjawab memperkenalkan EZGuard ke UniMAP.
Kepada mana-mana syarikat / individu di Perlis yang ingin menggunakan EZGuard untuk keberkesanan rondaan dan pemantauan di premis anda atau menjadi agen EZGuard, bolehlah berhubung terus dengan Sdr Sukhaizar. Anda pasti tak menyesal setelah mengenali EZGuard!












December 5th, 2009 on 1:50 pm
akom saudara..
sofware, easyguard..
ada mana website boleh sy dapatkan details application..
rgds
khairi
December 5th, 2009 on 2:19 pm
Salam Sdr Khairi,
Boleh masuk web di bawah ini untuk info detail tentang EZGuard. Juga ada beberapa video demo tentang report yang dihasilkan dari penggunaan EZGuard:
Klik > http://www.EZGuard.com.my
December 6th, 2009 on 10:13 pm
tahniah. saya berada di Perlis dan sedang memikirkan untuk mengambil ezguard ni. sebelum ni saya dah beli alat penjimatan dari saudara zaki. jadi nak tau juga kelebihan produk terbaru zaki ni. anyway saya baru pindah rumah di changlun. di rumah tu ada 4 air-cond. adakah cukup dgn 1 alat penjimatan? harap beri tunjuk ajar. terima kasih.
December 7th, 2009 on 9:26 pm
Salam Fazli, boleh jadi agen EzGuard di sana.. w/pun Perlis nampak kecil tapi market masih lagi luas sebenarnya…
Nanti dah dapat bil letrik baru boleh tentukan model mana yang sesuai… sebab sdr baru pindah rumah kan?… mungkin bil sekarang berbeza dari sebelum ini…