Archive for December, 2009

Bengkel Rahsia Cetak?

Pada hari Ahad lepas iaitu 27hb. Disember 2009, sahabat saya Sdr Nazri dari Studio Hijau telah mengadakan bengkel rahsia cetak di JTC. Sdr Nazri ni memang kreatif orangnya. Dan bengkel ini menunjukkan caranya bagaimana anda boleh buat bisnes cetak yang kreatif.

 

Anda nak mengenali Sdr. Nazri? Kreativiti beliau pernah dipaparkan di rancangan Panorama TV1 dan surat khabar Kosmo. Untuk mengenali beliau anda boleh melawat laman web beliau di RahsiaCetak.com & KugeeKu.com

Bengkel telah diadakan selama 1 hari. Memang bengkel ini mengujakan sehinggakan tanpa disedari bengkel tamat pada 7.15 malam.

Klik di sini untuk melihat foto-foto bengkel rahsia cetak tempohari.


Teknik Memikat Jualan Di Internet.

Menurut kajian – “Manusia menggunakan Internet kerana…? Jawapannya: “Untuk mencari maklumat

Sebenarnya, apabila seseorang telah menjumpai maklumat yang sangat diperlukan olehnya maka pasti mereka akan merasakan ianya sesuatu yang sangat berharga.

Kenapa ia sangat berharga? Kerana maklumat yang diperolehi telah dapat menyelesaikan masalahnya.

Sudah menjadi sifat manusia waras sentiasa ingin menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin. Jadi tidak hairanlah jika ada yang sanggup berbelanja seberapa banyak pun untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contoh paling mudah ialah seperti masalah kesihatan, kewangan, pelajaran dan sebagainya.

Mereka sanggup membayar harga yang tinggi asalkan masalah mereka dapat diselesaikan secepat mungkin.

Jadi… untuk tujuan itu, sebagai seorang pemasar Internet (IM) yang memiliki produk-produk yang boleh menyelesaikan berbagai masalah orang ramai, anda harus pandai menyampaikan maklumat tersebut. Oleh itu, anda harus tahu menulis maklumat yang anda miliki dan seterusnya dapat memikat mereka untuk mendapatkan produk anda.

Anda harus tahu cara menuliskan maklumat tersebut. Teknik penulisan yang betul dengan bahasa dan kata-kata yang sesuai perlu diambil perhatian oleh anda untuk memikat prospek mendapatkan produk-produk terbaik daripada anda.

Penulisan yang dimaksudkan bukanlah penulisan biasa semata-mata. Penulisan tersebut boleh dikategorikan sebagai:

  • penulisan bagi menyampaikan mesej-mesej jualan (surat jualan)
  • penulisan bagi kempen-kempen, promosi-promosi serta pengiklanan
  • penulisan bagi menarik seberapa ramai prospek
  • penulisan bagi membina nama serta kredibiliti
  • penulisan bagi membina hubungan berterusan dengan pelanggan
  • penulisan bagi penghasilan produk-produk informasi
  • dan banyak fungsi penulisan…

Salah satu tips penulisan:

Tidak kiralah apa sahaja fungsi penulisan seperti yang diterangkan di atas ianya haruslah dituju terus kepada emosi pembaca kerana tanpa suntikan emosi penulisan anda tidak mampu menghasilkan keputusan yang anda inginkan.

Oleh itu bagi memudahkan anda menguasai kemahiran penulisan seperti ini, sebuah pakej ebook diberi nama “Rahsia Sistem Pemikat Jualan” hasil tangan 2 anak muda dari Team Pemikat Jualan iaitu Saudara Zahrul Azua dan Saudara Safuan telah dihasilkan.

Saya telah diberi kesempatan oleh mereka untuk membaca kandungan ebook ini satu per satu. Mereka telah memberikannya secara percuma kepada saya dengan tujuan untuk meminta pandangan dan maklumbalas saya tentang apa yang mereka tuliskan.

Setelah membacanya.. terus terang saya katakan kandungan ebook-ebook  yang dihasilkan adalah ebook terbaik dalam kategori ebook akademik yang pernah saya baca. Bukan 1 ebook ya… malah ada 6 ebook yang berkaitan dengan teknik penulisan.

Dari pemerhatian saya, inilah juga ebook pertama (langkap) teknik penulisan pertama dalam Bahasa Melayu (100%) yang dihasilkan. (Sebelum ini Zahrul Azua juga ada menghasilkan ebook fizikal namun ia hanya sebuah buku sahaja tetapi ebook yang dihasilkan kali ini lebih lengkap dengan mengandungi 6 buah ebook kesemuanya)

Saya rasa cukup bangga dengan hasil kerja 2 anak muda ini kerana dapat memberikan ilmu yang sangat berharga dalam teknik pemasaran penulisan Internet yang berkesan. Inilah juga maklumat yang saya cari-cari selama ini tentang teknik penulisan yang berkesan. Akhirnya keinginan saya dimakbulkan.

Tentu ramai orang di luar sana, (termasuk anda juga) yang memerlukan rujukan dan panduan teknik menulis untuk memikat jualan produk anda dengan betul dan berkesan.

Jadi inilah ebook terbaik (dan satu-satunya sumber rujukan dalam bahasa Malaysia paling lengkap) yang ada di Malaysia buat masa ini.

Oleh itu, tidak rugilah kepada sesiapa yang ingin memilikinya. Saya rekomen sangat supaya anda dapatkannya sekarang.

Harganya pun murah sahaja iaitu cuma RM60 sahaja.

Oleh kerana terdapat 6 ebook kesemuanya bermakna jika satu ebook hanya RM10 sahaja!…hohoho.. murahnya lah. Ia dalam bentuk satu pakej lengkap jadi anda perlu memiliki kesemuanya supaya pemahaman anda terhadap teknik memikat jualan melekat dan mantap!

Tajuk Ebook 1

Rahsia Sistem Pemikat Jualan Satu Pengenalan (40 m/s)

Tajuk Ebook 2

Produk Informasi Sebagai Senjata Perniagaan Anda (40 m/s)

Tajuk Ebook 3

Bagaimana Menulis Produk Informasi Yang Mampu Memikat Dan Memukau Emosi Pembaca (45 m/s)

Tajuk Ebook 4

Bagaimana Menulis Sebuah Ebook Dalam Masa Sehari Atau Kurang (50 m/s)

Tajuk Ebook 5

Bagaimana Membina & Menulis Surat Jualan PEMIKAT Yang Mampu Menjual Terus Kepada Emosi Pembaca (50 m/s)

Tajuk Ebook 6

Sistem Pemasaran Informasi (30 m/s)

Teknik yang diperkenalkan sememangnya sangat mudah untuk dipelajari, diikuti dan dikuasai. Inilah kehebatan Sistem Pemikat Jualan sehingga anda yang tiada pengalaman dalam penulisan juga boleh menguasainya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik di sini  ke laman web tersebut.

Ebook cover seperti di bawah:

Sila beri komen kepada saya selepas anda membaca ebook ini nanti.


PTN Terbaru Negeri Sembilan

Pada 9 Disember (Rabu) lalu, EzGuard telah mempunyai PTN terbaru untuk Negeri Sembilan. PTN tersebut adalah dari syarikat Ultrabest Security Services Sdn. Bhd. Syarikat ini beribupejabat di Wangsa Maju, K. Lumpur.

UltraBestSecurity

Saya telah menemui En. Azezul iaitu Director syarikat ini semasa pelantikan dan penyerahan EzGuard di pejabatnya. Beliau sangat mesra dan ramah. Masih muda lagi, tetapi mempunyai wawasan yang jauh dalam perniagaan syarikatnya. Walaupun baru pertama kali bertemu tempohari tetapi seperti sudah kenal lama.

Syarikat  Ultrabest SSSB diasaskan oleh ayahnya sendiri iaitu Mejar Jeneral Dato Oseman Bin Chik (B), merupakan bekas seorang pegawai tertinggi ATM. Jawatan terakhir beliau ialah Panglima Logistik Tentera Darat Malaysia.

Sepanjang kami berbual tentang perniagaan, dapat disimpulkan syarikatnya semakin berkembang maju sekarang ini. Walaupun syarikat ini baru ditubuhkan pada bulan Mac 2009, tetapi projek-projek kawalan keselamatan syarikat telah diperolehi di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Dengan reputasi yang besar dalam bidang ketenteraan dan keselamatan, misi syarikat ini memang hebat. Ini termasuklah dalam mengaplikasikan penggunaan EzGuard dalam perkhidmatan kawalan keselamatan untuk syarikat mereka dan pelanggan (seperti yang diceritakan oleh beliau kepada saya).

Pada awalnya, beliau merancang untuk menjadi PTN Selangor/KL. Namun kerana kesibukan dengan tugas, beliau terlepas peluang menjadi PTN Selangor/KL kerana kuota telah penuh. Namun demikian, oleh kerana rangkaian perniagaan beliau yang berada di seluruh Malaysia, maka beliau telah memilih Negeri Sembilan untuk PTN Negeri.

Sekiranya anda yang berada di Negeri Sembilan atau yang berdekatan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang EzGuard, alamat beliau di Negeri Sembilan ialah:

ULTRABEST SECURITY SERVICES SDN BHD
165 Jalan Meranti 1,

Taman Bukit Chedang,

70300 Seremban,

Negeri Sembilan.

03-4142 3244 (Pejabat)

012-312 2586 (Azezul)

Silalah hubungi beliau terlebih dahulu untuk temujanji.

Anda boleh melihat profile syarikat Ultrabest Security Services Sdn. Bhd. di laman web ini. www.UltraBestSS.com


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress