Saya nak kongsikan satu tool yang anda boleh gunakan untuk membuat foto album.
Walaubagaimanapun panduan ini hanya khas kepada yang telah memiliki domain & hosting sendiri. Dan tahu menggunakannya lah ya…. (kalau ada domain & hosting tapi tak tau nak guna tak dapek la lebai nak tolong…hehehehe)
Hosting anda pula mestilah Linux yang guna CPanel atau Control Panel. (biasanya hosting Linux akan guna CPanel)
Jika anda telah memenuhi syarat di atas, saya akan teruskan kepada tips seterusnya.
Di sini nanti anda bolehlah memasukkan foto-foto atau gambar seperti sebuah album. Anda juga boleh memaparkan secara slide show nanti. Pada gambar tersebut juga, visitor boleh komen.
Jika ada gambar-gambar yang anda nak dikongsikan, maka foto album ini sangat sesuai… ya lah tak kanlah nak letak dalam satu laman web. Sesak lah… lama sangat nak load page pula nanti.
Tapi jika diletakkan di dalam foto album ini, memang tak ada masalahnya. Ia tersusun rapi, mudah navigasinya untuk lihat mana-mana gambar yang ada. Load pagenya pula tidaklah lama. Kerana ianya memang software untuk galeri foto. Anda pula mudah untuk menguruskannya.
Gambar atas: contoh foto album yang telah siap. Album anda boleh dilihat secara online…
Baik… software yang anda boleh gunakan dinamakan Coppermine Photo Gallery. Software ini ada dalam hosting anda dan anda boleh install secara percuma je…(syok gitu! – banyak barang free!)
Oleh itu, jika nak install sekarang boleh lah login ke dalam CPanel anda dan tonton video panduan step by step di bawah…
Untuk install software ni tak sampai pun 5 minit… hehehe.. kacang gitu!… cuma video ni dalam 7 minit sebab ada penerangan contoh sikit.
Selamat mencuba!


November 2nd, 2009 on 1:42 pm
kenapa di johor atau pasir gudang tiada atau diadakan kelas sedemikian diharap pihak tuan dapat adakan tunaikan hasrat saya ini yang ingin belajar dan memudah sistem pembelajaran macam tution kalau tak faham mudah dihubungi ,ataupun pihak tuan dapat membuka cawangan di sini ,sekian terima kasih ,keperihatinan tuan amat dihargai
November 2nd, 2009 on 4:15 pm
kamaruddin yusof – bukan tak nak buat di luar.. tapi susah sikit nak cari tempat / kemudahan yang ok di luar sana…sbab kelas ni praktikal jadi smuanya mesti kena tip top.. kalau tak nanti peserta tak berpuashati .. gitu… Kalau di JTC ni InsyaAllah segala-galanya lengkap… kelas pun bjalan lancar… dan feedback dari peserta memang mereka puas hati sangat… InsyaAllah kalau dah jumpa tempat sesuai di luar sana.. mungkin boleh dipertimbangkan nanti…
November 9th, 2009 on 8:17 pm
en zaki..
kalau dari KTM bndar tasik selatan, agak2 jauh x jika saya nak ke Bengkel website tu?
bila tgk peta mcm jauh jer….?
November 9th, 2009 on 10:14 pm
@sofea: sebenarnya bukan KTM.. tapi Stesen Bandar Tasik Selatan… di sana ada Komuter, ERL & LRT Star… kalau jalan kaki dari stesen tu lebih kurang 10 minit sampailah ke JTC (JomTraining Center) tempat bengkel website ni…
Nampak je macam jauh… tapi jalan kaki kejap ajer.. ramai org2 berdekatan yg ke stesen ni pun jalan kaki jer…
November 12th, 2009 on 10:21 pm
macam mana nak memiliki domain dan hosting percuma tu, linux pun saya tak faham, boleh abang zaki jelaskan, sebab album story ni bagus juga untuk share kepada saudara mara kat kampung, boleh ajarkan saya memahaminya.
Segala email-email yang abang zaki hantar saya baca kesemuanya, saya tak ada ruang dan peluang untuk ke pusat JTC abang. Doakan saya moga ada rezeki saya ke sana nanti…
terimakasih
November 14th, 2009 on 4:33 am
@wan mohd zamri: Domain & hosting tu sebenarnya berbayar. Barulah ada kemudahan photo album ni. Domain & hosting yg percuma tiada kemudahan tu.
Analoginya mudah aje.. Macam gini ya..
DOMAIN = ibarat alamat rumah. Cth.. No 2, Jalan 3/148, Taman Indah, Bangi, Selangor. Jadi di Internet supaya mudah org nak ingat, kita perlu ada domain. Cth nama domain -> http://www.abc.com, http://www.def.com.my, http://www.abc.net, dll
HOSTING = ibarat rumahnya. Rumah teres ke, banglo ke, apt ke? dll (seumpamanya jenis Linux @ windows)…
Makin besar rumah pula makin mahal lah harganya… Dalam rumah boleh letak barang-barang… Dalam hosting ada banyak barang2 iaitu salah satunya software Photo Album ni… Tapi rumah jenis Linux je yang ada kemudahan ni..
Macam gitulah konsep ringkas domain & hosting… domain dan hosting kena dibeli ya…
InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti saya kongsikan info yg lain pula …
November 22nd, 2009 on 3:42 pm
ada masa saya kena pi KL menuntut ilmu dengan jutawan zaki
December 5th, 2009 on 5:01 am
Kalau nak menuntut kena bawa pulut kuning, telur ayam kampung, ayam golek… hehehe…
December 2nd, 2009 on 12:04 pm
Salam En.Zaki.
Saya dah lama berhasrat nak sertai bengkel En.Zaki. Tapi sampai ke hari ini tak kesampaian coz bengkel tu dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad. Pada hari tersebut plak, saya bekerja.
Doakan saya semoga satu hari nanti saya dapat ke sana (bengkel)
December 5th, 2009 on 4:59 am
Amiin… semoga tuan dapat juga hadir dalam bengkel nanti… kalau rasa sukar nak cari tarikh yang sesuai… terpaksalah apply cuti agaknya… -:)
December 2nd, 2009 on 1:26 pm
Salam En.Zaki. Berpandukan video yg diberi, saya berjaya install Coppermine.
Terimakasih diucapkan. Melalui coppermine admin tu camne plak nak masukkan picture. Saya tercari-cari button nak upload, tapi tak jumpa. Harap En.Zaki tak keberatan membantu ye jika ada masa.
Terimakasih
December 5th, 2009 on 4:58 am
Sama-sama.. kalau nak upload gambar kena masuk login admin.
Link admin ada diberikan semasa proses installation Coppermine selesai…
Kalau tak perasan link admin tu, bolehlah remove installation yang ada dan install lagi sekali… nanti akan dinyatakan link admin tersebut.
Masa setting tu ingat username admin & passwordnya untuk login pada admin nanti..
Bila dah login dalam admin page, perlu buat Category & Album.. nanti gambarnya boleh masukkan dalam mana-mana Album tadi….
Semiga membantu…
December 5th, 2009 on 11:27 pm
ehm. berminat nak cuba nih..