a) Apa itu Paypal?
Paypal ialah satu kemudahan yang boleh kita gunakan secara PERCUMA untuk menerima wang dan menghantar wang secara elektronik. Laman webnya di www.PayPal.com
b) Menerima Wang:
Sekiranya anda mempunyai akaun Paypal, anda boleh menerima wang daripada seseorang dengan 2 cara iaitu samada:
i- mereka menghantar wang (Send Money) kepada alamat emel anda ATAU
ii- anda meletakkan butang pembayaran di dalam laman web anda (jika anda menjual produk) dan mereka membuat bayaran kepada anda.
Apabila pembayaran berlaku, duit tersebut akan terus masuk ke dalam akaun PayPal anda.
c) Menghantar Wang atau Membuat Pembelian di Internet:
Sekiranya anda mempunyai akaun PayPal, anda boleh menghantar wang kepada seseorang melalui alamat emel beliau. Mana-mana alamat emel boleh menerima wang daripada PayPal. hehehe… senang nyo!
Cuma jika penerima tersebut masih belum mempunyai akaun PayPal, maka beliau perlu membuka akaun PayPal tatkala ingin menerima wang tersebut.
Anda juga boleh membuat bayaran menggunakan PayPal sekiranya anda ingin membuat belian daripada mana-mana laman web yang menyediakan kemudahan bayaran PayPal. Bayaran tersebut akan ditolak daripada baki akaun PayPal anda (jika ada). Sekiranya akaun PayPal anda tiada baki duit @ duit baki tidak mencukupi, maka bayaran akan dicaj pada kad kredit anda. (Dalam kes ini, anda perlu mendaftarkan kad kredit anda di PayPal terlebih dahulu..)
d) Syarat-syarat nak buka akaun PayPal:
1- Sesiapa pun boleh buka (semua rakyat Malaysia hari ni sangat-sangat digalakkan memiliki akaun PayPal)
2- Caj bayaran untuk buka akaun PayPal – PERCUMA jer.
3- Perlu ada kad kredit ker? Untuk membuka akaun Paypal TAK PERLU ada kad kredit. Tetapi jika anda ingin membeli barang dari mana-mana laman web yang ada kemudahan bayaran guna PayPal dan baki dalam akaun PayPal anda tidak mencukupi atau duit dalam akaun Paypal belum ada lagi, maka anda perlu ada kad kredit dan anda perlu mendaftarkan kad kredit anda bagi PayPal membuat caj kepada kad kredit anda nanti.
e) Cara Membuka Akaun PayPal:
Saksikan video ringkas di bawah. Sebenarnya lebih kurang hanya 3 minit sahaja membuka akaun PayPal. Aduh… kacang je yer.. rugi sapa tak buka akaun PayPal ni… hehehe…
f) Cara Nak Ambil Duit Dari Akaun PayPal Anda:
Duit anda yang ada di dalam akaun PayPal boleh dipindahkan terus ke akaun bank tempatan anda. Tak kiralah akaun individu atau syarikat. Seperti Maybank, Public Bank, RHB Bank, CIMB bank dan lain-lain. Konsepnya sama seperti memindahkan wang ke akaun bank lain. Dan bila-bila masa anda boleh withdraw seperti biasa.

November 10th, 2009 on 9:11 pm
salam saudara zaki
saya ada masalah dalam akau pay pal ni. saya dah daftar tapi lama tak buka akaun paypal so dia block. macam mana nak delete akaun saya ni dan buat baru . atau saudara zaki ada idea lain yg bole tlg saya
November 10th, 2009 on 11:53 pm
@azuan: kalau kena blok memang rumit sedikit… banyak kerjanya dan tu pun belum tentu berjaya… Paypal ada banyak sebab blok ni… bergantung kepada sebab2 barulah mereka akan ambil tindakan.. tetapi dari pengetahuan saya, akaun yang kena blok ni biasanya Paypal tak suka sangat nak layan masalah kita…. sorry to say lah ya… hehehehe..
Cadangan saya – utk lebih mudah bukalah akaun Paypal yg baru..guna username yang baru dan info kad kredit yg baru… jika nak daftar kad kredit nanti tak bole gunakan info kad kredit yang telah di blok tu ya…
November 11th, 2009 on 2:44 pm
assalamualaikum..
sy ajak..sy berminat untuk buat perniagaan di internet.
nk tanya..
macamana nak letak link(paypal) untuk tempahan di laman web..
November 11th, 2009 on 3:51 pm
Cara nak letak link paypal: Copy – paste kod di dalam paypal… tapi sebelum bole copy-paste tu ada step by stepnya…rasanya sukar nak terangkan dalam reply ni… tapi dalam bengkelwebsite saya ada tunjukkan…
November 13th, 2009 on 7:11 am
salam s/ra zaki..
saya ma,buka akaun paypal,kena buat kad x?spt kad atm?..jika di o/sea, kena buka akaun bank lain untuk withdraw dari paypal?boleh ker transfer duit dari paypal ke akaun bank maybank secara online jika berada di oversea?
terima kasih..
November 14th, 2009 on 4:22 am
@ma: boleh transfer duit paypal walau kita berada di oversea ke akaun maybank. Tapi perlu ada akaun maybank ya…
Untuk buka akaun paypal tak perlu buat kad (kad debit@kredit). Tapi bila untuk verify akaun kita, perlukan kad tersebut. Proses verify ni akan membolehkan kita membayar @ membeli dari akaun kad debit@kredit kita.
November 17th, 2009 on 9:40 pm
Salam encik Zaki !
Sejak PayPal membenarkan penggunaan matawang RM ni, saya bercadang nak meletakkan kemudahan pembayaran menggunakan kad kredit di laman web saya. Kemusykilan saya, apakah setiap pelanggan yang ingin membayar menggunakan kad kredit, perlu mendaftar diri dengan PayPal terlebih dahulu ? Walau pun ianya mungkin sebagai langkah keselamatan, tidakkah ianya seperti menyusahkan pelanggan pula ? Mohon penjelasan Yang ‘Arif…
November 19th, 2009 on 5:32 am
@KA’AB: memang benar. Setiap pelanggan yang ingin membuat bayaran meggunakan Paypal perlu memiliki akaun Paypal. Ini umpamanya seperti kita memindahkan wang daripada akaun internet banking (cth Maybank2u online kita) ke akaun online maybank2u orang lain. Jadi kedua-duanya perlu akan akaun Maybank2u online banking. Salah satu tujuan paypal membuat sebegini bg memastikan hanya individu yang tulen sahaja berurusan untuk proses bayaran.
December 7th, 2009 on 8:39 am
En. zaki, saya belum mempunyai akaun maybank,saya hanya ada akaun Bank Muamalat.boleh ke wang dari Paypal di transfer ke akaun Bank Muamalat?
December 7th, 2009 on 9:22 pm
Akaun Bank Muammalat pun boleh terima duit transfer dari PayPal…
January 7th, 2010 on 6:16 am
assalamualaikum….
sy masih baru di dlm paypal ini
saya ialah pengguna account bank islam
jadi saya ada masalah untuk transfer duit dari bank kepada akaun paypal
adakah saya perlu buat internet banking melalui bank islam?
atau saya perlu buat kad debit untk guna paypal?
cuba terangkan bagaimana?
bolehkah saya link kan akaun saya di bank untuk transfer ke paypal?
berisiko tak?
January 7th, 2010 on 7:31 am
transfer duit dari akaun bank ke Paypal tak boleh…sebab Paypal bukanlah sebuah bank… tapi transfer duit dari paypal ke akaun bank boleh…
semoga membantu.
February 13th, 2010 on 12:13 pm
Salam, sebenarnya Tuan Zaki – boleh menghantar duit dari bank ke paypal dengan syarat melalui Kad Kredit atau Kad Debit. Tapi kebanyakan urusan itu dibuat kerana membeli barangan atau perkhidmatan.
February 8th, 2010 on 12:30 pm
Salam..
Saya telah 3minggu daftar akaun paypal tetapi masalahnye akaun sy belum lagi verified sbb tunggu statement dari pihak bank utk dapatkan 4angka verification..jika sy guna virtual credit card utk daftar akaun paypal adakah ia selamat (takut kena access limit) dan bagaimana hendak beli barang dgn paypal yg menggunakan vcc, sebab baki akaun kosong??jika akaun sy belum verified, boleh x sy beli barang dgn menggunakan paypal??
February 11th, 2010 on 5:53 am
VCC?..maaf saya kurang tahu tentang virtual credit card…. mungkin tuan boleh bg tau sikit apa itu VCC… dan dimana boleh dapat VCC tu… yg saya tahu kad kredit biasa yang ada dalam tangan kita…
Verified dalam paypal ialah untuk verify info kad kredit. Selagi tak veirfy lagi bermakna kad kredit yang didaftarkan tak boleh buat belian.. tapi kalau ada baki wang dalam paypal (melalui jualan produk – jika ada) boleh la beli dari baki wang tersebut.
February 9th, 2010 on 10:25 pm
kne kad kredit jugk k? mcm mne nk trnsfer duit dlm acc bnk k acc paypal?
February 11th, 2010 on 5:55 am
duit dari akaun bank tak boleh transfer ke paypal… hanya duit dari paypal (jika ada) boleh transfer ke akaun bank.. tapi paypal bukanlah sebuah bank..
February 17th, 2010 on 1:26 am
En zaki, saya nak bertanya..
saya telah membuat akaun paypal sejak 2 hari lepas.tetepi kredit/debit kad saya tidak boleh verified la en zaki.apa yang perlu saya buat?4 angka verification 2 apa?..dimana saya boleh dapat??bolehkah saya mengeluarkan wang daripada paypal ke bank tanpa debit kad?
March 1st, 2010 on 6:58 am
utk proses verification kad debit perlu ada baki minima RM25…
February 28th, 2010 on 9:13 am
Salam En.Zaki,
Saya ada persoalan berkenaan dengan menerima bayaran melalui paypal. Jika pelanggan saya adalah dari luar negera, adakah pembayaran ke akaun paypal dalam nilai RM atau USD.
Untuk makluman, saya menggunakan cara 1 (melalui email) sebagai penerimaan bayaran.
Di harap mendapat perhatian dari pihak tuan.
March 1st, 2010 on 6:56 am
salam pn ainul,
pelanggan luar negara boleh buat bayaran samada dalam RM atau USD.. tiada masalah…
caj nya akan diconvert ke local currency dari sistem kad kredit mereka..
March 3rd, 2010 on 12:47 pm
salam en zaki, saya nak buat pembayaran menggunakan pay pal tetapi tak boleh pasal dia keluar notices “Sorry, your payment won’t go through. To make it work, you’ll need to add money to your account and pay with your PayPal balance.
saya baru register semalam dan tak cukup 24 jam lagi tetapi saya punya akaun dah verified, jadi apa yang perlu saya buat
March 4th, 2010 on 4:57 pm
Salam,
untuk buat bayaran di paypal ada 2 keadaan:
1- paypal akan tolak dari baki akun(duit) yang ada di dalam akaun paypal anda (jika ada). Contohnya jika tuan ada jual barang menggunakan kaedah paypal bermakna tuan akan terima duit tuan di akaun paypal tuan. Jadi jika ada duit di akaun paypal tuan, barulah tuan boleh buat bayaran untuk pembelian gunakan akaun paypal tuan tadi.
atau
2- bayaran akan ditolak dari kad kredit yang telah didaftarkan di dalam akaun paypal. Tuan perlu daftarkan dulu kad kredit tuan seperti Mastercard, American Express, VISA di dalam akaun paypal. Selepas tuan berjaya mendaftarkan kad kredit tersebut, paypal akan caj bayaran pembelian dari kad kredit tuan.
Dalam kes ini, tuan takde baki duit dalam akaun paypal tuan dan tuan juga tidak register kad kredit tuan di dalam akaun paypal tuan. Sebab itulah pembayaran dari akaun paypal tuan tidak boleh dilakukan.
Semoga membantu.
March 16th, 2010 on 3:51 pm
salam
sya nak tanya beberapa soalan
1. macaman nak verify akaun?Acc.type-premium/business
2.bolehkah kita menerima bayaran sekiranya akaun masih belum verify?
3. dari mana kita boleh mendapatkan nombor ID akaun paypal?
harap dapat membantu.
May 18th, 2010 on 8:45 am
1- nak verify akaun paypal kena registerkan kad kredit. Nanti anda akan diberi 4 digit kod dalam statement kad kredit. Masukkan 4 digit kod yang akan diberi.
2- kita masih boleh terima bayaran walau akaun tidak verify. Tapi kita tak boleh nak beli barang.
3- nombor id paypal ialah username kita… iaitu alamat emel yang didafatarkan semasa mendaftar paypal
March 22nd, 2010 on 11:36 pm
saya dah ada akaun paypal , kalau saya nak jual produk buat pembayaran melalui paypal untuk pelangan . Apakah syarat yang di kenakan jika pelangan nak bayar ke akaun paypal saya ? kena register laman web ke atau company ke etc…
April 7th, 2010 on 7:16 am
Kalau pelanggan nak bayar guna paypal, mereka (pelanggan) juga mesti ada akaun paypal. Itu sahaja…
Pelanggan dan penjual tak perlu register co atau laman web.
April 6th, 2010 on 8:05 pm
salam en. zaki.
terima kasih utk video yg sgt membantu kami semua, dan sy pun baru shj membuka akaun paypal beberapa minit lps.
sy ada soalan utk en. zaki dan harap en. zaki boleh membantu sy. Bagaimana sy nk guna akaun ni utk membuat pembelian drp ebay (local & international), dan apakah syarat2 utk sy boleh guna akaun paypal tersebut. contohnya, adakah sy kna pindahkan sejumlah wang dr akaun maybank sy ke akaun paypal? sy kurang jelas dgn konsep paypal dan diharapkan en. zaki boleh terangkan. terima kasih.
April 7th, 2010 on 7:22 am
Untuk membuat belian daripada ebay ada 2 cara:
1-Beli guna kad kredit yang telah didaftarkan di dalam akaun Paypal sdr. Sdr perlu membuat pendafataran kad kredit di dalam akaun paypal sdr. Iaitu ada button untuk Add Card.
atau
2- Beli guna duit baki akaun yang ada di dalam paypal. Tetapi jika sdr baru buka akaun paypal manalah ada baki kan?… oleh itu sdr tak boleh nak membeli dari baki tersebut.
Kita tak boleh pindahkan duit dari maybank ke paypal. Itu bukan caranya untuk mengadakan baki di dalam paypal. Salah satu cara untuk ada baki dalam akaun sdr bolehlah suruh sesiapa (mesti ada akaun paypal juga) menghantar wang ke akaun paypal sdr menggunakan akaun emel paypal sdr.
Atau sdr mendapat bayaran daripada penjualan produk yang dijual menggunakan kaedah bayaran paypal.
April 6th, 2010 on 8:14 pm
utk makluman en. zaki, sy tiada kad kredit tp ada akaun maybank2u. dan apakah yg dimaksudkan ada@tiada baki dlm akaun paypal? bagaimana cara nk masukkad duit dlm akaun paypal?
April 7th, 2010 on 7:24 am
item no.2 di atas rasanya menjawab kan ..
April 25th, 2010 on 4:05 pm
assalammualaikum tuan zaki…
saya ada satu soalan… bagaimanakah kita hendak membuat transfer dari bank maybank ke paypal….. sebab saya hendak tambahkan duit akaun paypal saya… ini baru pertama kali bagi diri saya… boleh tuan tolong tunjuk ajarkan pada saya..
April 27th, 2010 on 8:11 am
duit dari akaun bank tak boleh transfer ke paypal… hanya duit dari paypal (jika ada) boleh di transfer ke akaun bank.. tapi paypal bukanlah sebuah bank..
April 27th, 2010 on 6:18 pm
salam….tuan zaki…
saya dah buka akaun paypal sbntr td mengikut video yg tuan terangkan…
adakah saya perlu confirmkan alamat email saya dahulu sblm saya menerima bayaran utk pihak yg hndak membuat pembayaran kpd saya…dan dimana saya nk dapatkan no akaun paypal saya?
April 28th, 2010 on 5:42 am
syabas dah dapat buka akaun paypal.
untuk terima bayaran tak perlu confirmkan emel… sdr dah boleh terima bayaran menggunakan alamat emel tersebut.
Paypal tiada nombor akaun…. id paypal ialah alamat emel sdr.
May 1st, 2010 on 6:27 am
salam,
kad kredit ikhwan maybank, kad kredit bank islam bole guna untuk verify paypal?
selama ni sy guna debit card public bank, tp sy ingat nak stop guna sebab ni bank konvensional. PBislamic tak kuarkan debit card.
May 17th, 2010 on 2:38 pm
Salam Saiful & En. Zaki,
Boleh guna kad debit Al-Rajhi atau kad debit Maybank (kad ATM yang baru – Maybank Visa Debit Card). Tapi kad Maybank itu bukalah di bawah akaun Islamik.
http://bit.ly/8rQgXg
Cara Add dan verify sama sahaja seperti kad-kad yang lain.
Hanya cadangan.
May 18th, 2010 on 8:40 am
ya.. betul tu… saya pun guna debit kad maybank utk verify dalam paypal..
Kad debit (VISA) public bank pun boleh digunakan…tapi kena ambil VISA ya… ini pun saya gunakan untuk satu lagi akaun paypal…
Terima kasih Zul atas perkongsian…
May 6th, 2010 on 7:53 pm
salam..saya nak tanya ..
akaun paypall saya tidak menunjukkan baki akaun semasa saya..bagaimana
hendak link’ kan akaun debit kad maybank saya ke akaun paypall?
akaun maybank saya sentiasa mempunyai baki 500..
status akaun paypall saya adalah =verified.
May 18th, 2010 on 8:41 am
sdr. boleh merujuk jawapan pada reply2 di atas..soalan ini telah ada diajukan beberapa kali di dalam post ni… saya ada menyatakan jawapan tersebut.. semak ya…
May 8th, 2010 on 1:09 pm
en.Zaki sa nak tanya..
bagaimana nak memindahkan wang dari akaun paypal ke akaun tempatan?
May 26th, 2010 on 4:53 pm
oh nak pindahkan akaun paypal ke bank.. ada caranya .. sukar nak tulis di sini…
kalau nak personal guide bole la contact saya…. tapi kena ada akaun paypal dulu la ya…
May 21st, 2010 on 9:41 am
ye… begitu juga dgn saya.. bgmana kita nak mengeluarkan wang dari akaun paypal kita ke akaun bank tempatan? apakah prosedur yg perlu dibuat? sila bantu ya e. zaki.
terima kasih.
May 26th, 2010 on 4:55 pm
di paypal perlu registerkan akaun bank kita. kalau maybank boleh gunakan debit kad / ATM kad yg baru tu.. yg ada logo VISA…
tapi ada proses dan step2nya…kalau nak tahu lanjut boleh call saya ya…
sukar nak terangkan dalam post ni..
July 8th, 2010 on 12:27 am
Salam.. sy cuma nak pasti boleh ke nak pindah duit yg ada dalam debit kad ke akaun paypal?
July 8th, 2010 on 11:36 am
salam encik zaki..
sy nk brtny, sy nk memindahkan wang dari akaun paypal ke bank tempatan.. skrg sy dah ada akaun paypal tp jenis personal, adakah sy masih boleh transfer wang itu atapun sy kena bukuk akaun baru jenis premier tu? tq..
July 22nd, 2010 on 7:29 am
Boleh juga … boleh try transfer… tapi kena registerkan akaun bank dalam paypal terlebih dahulu.
July 9th, 2010 on 2:04 am
salam en. zaki,terima kasih atas guide yang diberikan.
saya dah lama nak guna paypal ni sebab nak guna beli barang dalam game.
saya nak tanya kad kredit drp RHB bank ok tak dgn paypal?saya baru je nak start keje ni n setahu saya org dah kerja je baru blh ade kredit kad kan?jadi tmpt kerja sy nanti menggunakan RHB bank.jadi minta en. zaki tunjuk ajar sikit hehe.masih noob bab2 kad kredit ni
July 22nd, 2010 on 7:31 am
kad kredit VISA, Mastercard dan American Express boleh digunakan di Paypal. Tak kiralah bank apa yang keluarkan kad kredit tersebut. Tapi perlu registerkan kad kredit tersebut terlebih dahulu di dalam akaun paypal.
July 20th, 2010 on 8:32 am
salam
en zaki..sy ada mslah spt dbwah.rujuk gmbr.
http://upic.me/i/7r/paypallg.jpg
akaun sy tak boleh disahkan .sedangkan sy masuk kod dgn betul.
July 22nd, 2010 on 7:28 am
Oh… kalau mesej yg tu kena tanya bank.. mungkin kad sdr bank tak authorize untuk online lagi.. jadi kena minta authorization daripada bank yang keluarkan kad kredit tuan dan nyatakan masalah tak boleh nak verify…
July 21st, 2010 on 3:09 pm
salam..
en zaki sy nk tnya..
akaun paypal sy dah verified..
sy verified akaun gna kad debit maybank..
masalah nye sy xdpt buat bayaran bila nak membeli d ebay..
apa perlu sy lakukan..
harap en zaki dpt tolong..
tq
July 22nd, 2010 on 7:35 am
1- Verify kad debit VISA Maybank adalah untuk pegesahan akaun paypal sahaja.
2- Untuk beli di ebay kena guna kad kredit atau gunakan baki duit yang ada dalam paypal (kalau ada) – tapi bukan baki duit dalam kad debit kerana baki duit kad debit maybank ada dalam akaun maybank (bukan paypal).
August 1st, 2010 on 11:57 am
En. Zaki,
Nak tanya:
1- Kalau ada hacker dah tahu email address and password email sy tetapi dia tak tahu password paypal saya, ada possibility dia boleh access paypal sy atau tak?
2- Apa panduan untuk elakkan kecurian maklumat semasa mengguna paypal.
3- Bagaimana nak mengenal pasti penjual melalui paypay adalah genuine seller or not?
harap en zaki dpt tolong..
tq
August 1st, 2010 on 10:08 pm
Boleh ke guna kad bank islam utk verified akaun paypal dan kalau tak verified boleh ke trnsfer duit ke akaun bank islam?
Hrap2 En. Zaki boleh beri penjelasan dan dpt tolong….
August 20th, 2010 on 9:26 pm
http://www.PayPal-MOL.com
lebih selamat
September 7th, 2010 on 8:29 pm
apa itu MOL paypal?
August 28th, 2010 on 9:28 am
sy masih ada sedikit kekeliruan tentang verify akaun pay pal ini..
sy dah 2 bulan yg lalu telah buat akaun pay pal dan sudah link kan pada email sy,
tapi masalahnya saya x dapat verify semasa sy cuba “Link and confirm my debit or credit card”..
saya betul buntuh…so persoalan sy bagaimana nak selesaikan masalah ini..
persoalan ke 2:
dr perbincangan sebelum ini , ada yg mengatakan transaksi tetap dapat dijalankan asal kan emel telah dilink kan..
boleh ke begini walaupun status masih Unverified?
September 7th, 2010 on 8:25 pm
terim kasih.lama nak buat akaun paypal, tetapi baru hari ini terjumpa.=)
September 9th, 2010 on 12:43 am
salam, sy br jr bukak akaun pay pal ari isnin lepas hari nie saya menerima e-mail dr pay pal spt di bawah :-
We’re writing to confirm that PayPal Payments has charged your credit
card for the balance due on your account for the following
amount:
-$32.00
Here’s your statement.
———————————————————————-
STATEMENT
Account Summary
Closing Balance as of 09.27.2010: -$32.00
Balance from previous statement: -$32.00
Closing Balance: -$32.00
———————————————————————-
To review your account at any time, please access your Account Summary:
Please download the attachment to complete your Account Summary
PayPal Security Team
soalan :
1. bagaimanakah untuk delete akaun pay pal tersebut
2. adakah akaun pay pal tersebut terus tolak dr kad kredit sy
October 28th, 2010 on 12:10 pm
salam..
kalau acc paypal x verify,,blh x kta trnsfr duit ke acc bnk?..
November 5th, 2010 on 11:08 pm
saya tiada acc maybank untuk transfer paypal, boleh tak pakai bank kad lain seperti BSN (visa electron)? kalau wang transfer ke email bagaimana ia di cash kan ke acc?
June 29th, 2011 on 1:26 am
askum…en. zaki…boleh tnye tak…bagaimanakah sye mahu memasukkan duit dalam akaun paypal sye ni????
October 17th, 2011 on 7:12 pm
assalamualaikum en zaki, saya nak mendaftar paypal tapi error. kenape ye?
October 17th, 2011 on 7:18 pm
assalamualaikum..
saya nak tanya berkenaan says.my yang menyatakan dave membeli anda, nilai anda 605 manakala wang anda 22054.00, apakah maksudnya itu?
November 17th, 2011 on 10:34 am
sy ada join web kt internet yg mengatakan sy akan dibayar dlm USD dan hanya blh ditebus melalui PayPal…sy dh bka akaun PayPal ttp xde kad kredit or debit…melalui email shj,sy dh reedem dr website trsebut USD116,ttp smpai skrg duit tu x masuk dlm akaun PayPal..dh dkt 2mggu sy reedem.. mcm mn ye?
November 17th, 2011 on 10:51 am
lupa nk bgth en.zaki…acc PayPal sy still unverified… sy mmg xde kad kredit apa2..mcm mn ye?
December 14th, 2011 on 12:59 am
I think BSA is very godd, but they didn’t approve me.. I don’t know why?
December 28th, 2011 on 2:46 am
Salam, saya nak tanya :
Adakah paypal akan menutup akaun peserta dalam tempoh tertentu seperti yang di praktikkan oleh kebanyakan bank di Malaysia yang akan menutup mana-mana akaun yang tiada sebarang transaksi dalam tempoh 1 tahun? Jika ada, berapa lamakah tempoh yang diberi?
December 28th, 2011 on 2:58 am
Salam, saya nak tanya,
Kebanyakan bank di Malaysia akan menutup akaun peserta yang tiada sebarang transaksi dalam tempoh 1 tahun (akaun tidak aktif). Adakah Paypal juga mengunakan kaedah yang sama? Jika ya, berapa lamakah tempoh yang dkira sebagai Tidak Aktif bagi mengelakkan akaun tersebut di “block”?
Terima kasih.
January 22nd, 2012 on 11:18 am
no akaun paypal 2 yg mne?