Kenangan Lalu | Perniagaan Internet | Tiada Yang Spesifik
RSS:
Publications
Comments

PTN Selangor/KL & Training

Kuota PTN untuk Selangor/KL ke-2 telah dipenuhi pada 19 November lepas.. jadi saya telah menutup kuota PTN untuk negeri ini.

Saya ingin memperkenalkan PTN Selangor/KL yang telah memenuhi kuota terakhir untuk Selangor/KL. Kuota tersebut ialah milik IT4U Sdn. Bhd.

Saya ucapkan syabas kerana IT4U cepat merebut peluang ini! Sebelum ini ramai juga beriya-iya untuk menjadi PTN di negeri yang HOT market ni, tetapi tiada kesungguhan yang ditunjukkan.

Namun apabila kuota telah penuh, barulah merayu untuk membuka peluang ini semula. Ohh… tentunya tidak adil macam tu. Maaf ya.. saya perlu menepati perjanjian yang ada.

Dalam perniagaan, kita perlu pantas mengambil peluang. Dalam masa yang sama perlu juga membuat keputusan yang tepat. Bagi saya IT4U telah merebut peluang ini dan membuat keputusan yang tepat – kena pada masanya.

IT4U nampak peluang yang besar ini. Apa lagi nak diragui? produk menarik, keuntungan pula besar. Mana lagi nak mencari keuntungan besar dengan harga produk yang rendah seperti ini.

Sedangkan market pula sangat besar. Lihatlah di sekeliling, banyak market yang belum ditembusi. Cuma pokok pangkalnya … nak atau tidak merebut market yang ada.

ptnselangorkl

Saya dan Sdr. Husaimi (PTN Selangor/KL) yang juga pemilik syarikat IT4U Sdn. Bhd. sempena pelantikan rasmi sebagai PTN di JTC.

Kebetulan, rupa-rupanya sdr Husaimi juga adalah senior saya semasa di UTM dahulu. Hahaha… jumpa juga kita di sini ya…

IT4u adalah sebuah syarikat berasaskan ICT 100% milik bumiputera. Pejabat operasinya ialah di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Sehubungan dengan itu, semalam 24 November telah diadakan training EZGuard khas untuk staf IT4U Sdn. Bhd.

Saya sendiri yang memberikan trainingnya. Beberapa orang staff IT4U telah hadir dan mempelajari penggunaan EZGuard.

Disamping itu agen EZGuard yang lain juga telah dijemput untuk memantapkan lagi pemahaman mereka tentang EZGuard ni.

Training bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari. Diadakan di Jom Training Center.

Memang seronok bila beri training macam ni sebab dapat kongsikan banyak perkara mengenai teknologi EZGuard ni.

trainingezguard1 trainingezguard2

trainingezguard6 trainingezguard4

trainingezguard3 trainingezguard5

Anda berpeluang merebut peluang perniagaan ini di tempat anda. Kuota adalah terhad. Untuk melihat peluang perniagaan yang disediakan, klik di sini.

6 Comments to "PTN Selangor/KL & Training"

  1. MY's Gravatar MY
    November 25, 2009 - 10:03 am | Permalink

    Tempoh hari apabila kami tak dapat tempah tempat di JomTraining (disebabkan penuh) untuk jalankan satu kursus di bawah tajaan Jabatan Tenaga Manusia, IT4U adalah backupnya. Penggunaan tempat amat ok, namun penggunaan talian internet yang slow, ada beberapa peserta yang komplen. Dan wireless pun dicatu :-) .

    [Reply]

  2. norhana's Gravatar norhana
    November 25, 2009 - 10:06 am | Permalink

    Ealam en. zaki,

    Tahniah atas training yg dibuat dan juga PTN yg baru dilantik. Moga bisnes ini akan terus berkembang lg di ms hadapan. Sebenarnya, sy teringin nak hadir training EzGuard tp masih belum ada ruang yg kosong. Hari Isnin, dpt msg sy terus gembira nak hadir tp biasala…….kemudian ada saja perkara yg dtg…….so kena stay kat office selesaikan keje. Hujung2 tahun nie, byk yg perlu diselesaikan….takpe lah belum ada rezeki. Lain kali mungkin sy berpeluang utk hadir pulak. Okay, last but not least, sblm kita start cuti Jumaat ini, sy ucapkan selamat aidiladha pada Semua yg membaca coretan ini……Wasalam

    [Reply]

  3. November 25, 2009 - 11:34 am | Permalink

    @MY: Husaimi ada juga beritahu hal ni masa dia datang jumpa saya di ofis tempohari… dia tahu EZGuard ni pun lepas masuk web JTC yg Yus cerita kat dia hari tu… Anyway… tkasih Yus kerana promo juga JTC… lain yang cerita lain yg dapat… lepas ni boleh la try jtc … tapi kena book awal sikit….coz selalunya date cepat penuh…

    [Reply]

  4. November 25, 2009 - 11:37 am | Permalink

    @norhana: Salam Norhana, InsyaAllah akan datang kalau ada ruang yang kosong saya maklumkan lagi… training ni pun free ajer… Selamat Hari Raya Korban juga saya ucapkan… korban dimana tahun ni?… Ada prospek baru lagi tak?…

    [Reply]

  5. Husaimi's Gravatar Husaimi
    November 26, 2009 - 12:19 am | Permalink

    Terima kasih MY kerana memberi komen tersebut, bagi pihak IT4U, kami akan berusaha meningkatkan perkhidmatan tersebut seperti JTC. Bermula pada hari ini, perkhidmatan internet & wireless di IT4U training room akan diberi percuma.

    [Reply]

  6. November 29, 2009 - 5:30 am | Permalink

    @Husaimi: moga cabang bisnes tuan juga terus maju jaya!… Amiin.

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

You can add images to your comment by clicking here.