Sumber Terbuka atau Open Source adalah satu istilah yang sangat popular di di dunia IT. Terutamanya yang melibatkan penggunaan perisian atau software, pangkalan data atau database, sistem aplikasi atau application system dan sebagainya. Apa maksudnya tu?
Ini bermaksud, segala jenis software, pangkalan data, application system di atas boleh dikategorikan samada Open Source atau dibeli.
Ini bermakna jika ianya adalah dari kategori Sumber Terbuka (saya akan panggil Open Source sahaja…) maka ianya boleh digunakan secara PERCUMA.
Sebenarnya dalam dunia IT, ada banyak perkara yang boleh menjadi alternatif. Tak semestinya sesuatu yang diperlukan mesti dibeli. Ianya ada yang PERCUMA.
Contohnya jika selama ini anda menggunakan pakej MS Office (produk daripada syarikat gergasi dunia…hahaha… iaitu Microsoft – pakcik Bill Gates punya lah..) seperti MS Word, PS Power Point, MS Excel dan sebagainya..berapa banyak kos RM yang anda terpaksa beli untuk gunakannya secara sah? (pirate copy tak jamin - anytime BSA (Business Software Alliance) boleh serbu dan saman…hahaha).
Maka sebagai alternatifnya anda boleh menggunakan Open Office (sekarang dimiliki oleh syarikat Sun).
Persamaan…
MS Word = Writer (Open Office)
MS Power Point = Impress (Open Office)
MS Excel = Calc (Open Office)
MS Access = Base (Open Office)
Semua di atas dalam satu pakej dipanggil Open Office.
Open Office sebenarnya sama (kalau pun mungkin tidak 100% tetapi ianya menandingi kehebatan MS Office) seperti MS Office tetapi ia boleh didapati secara PERCUMA.
Berbanding dengan MS Office ia perlu dibeli dengan harga yang ‘mahal’ (harganya pula mengikut pengguna. Bayangkan setiap pengguna perlu ada lesen dengan kos yang tinggi!). Tetapi dengan Open Office ia boleh dipasang @ install tanpa had tanpe perlu membelinya.
Anda boleh download Open Office ini di laman web berikut:
Versi terbaru Open Office setakat blog ini ditulis ialah 3.1
Saya mengambil satu contoh sahaja aplikasi di atas. Sebenarnya ada banyak lagi aplikasi perisian yang boleh didapati daripada Open Source. Anda mungkin terkejut jika mendapati perisian-perisian yang dikategorikan sebagai Open Source sangat hebat sebenarnya! Sebahagian faktanya ada di sini.
Fakta Lain Yang Mungkin Anda Baru Tahu:
- Setakat 28 Oktober 2009, sebanyak 100 juta orang telah membuat downloading Open Office di atas.
- MAMPU dan badan kerajaan secara berperingkat telah menggunakan Open Office. Klik di sini.
- Kerajaan Malaysia sejak beberapa tahun lepas (dah lama sebenarnya… tapi ramai yang tak sedar) melalui MAMPU telah mewujudkan Malaysian Public Sector Open Source Competency Centre (OSCC, MAMPU) bagi menggalakkan penggunaan Open Source dikalangan syarikat swasta dan badan-badan kerajaan. Klik di sini.
- Baca mesej daripada Ketua Setiausaha Negara mengenai Open Source. Klik di sini.
- Baca mesej daripada Director General MAMPU mengenai Open Source. Klik di sini.
- Usah disangka barang PERCUMA tiada kualitinya. Cuma terpulang kepada kepandaian dan kebijaksanaan kita untuk mengekploitasikan penggunaannya.
Salah satu perisian yang popular dalam kategori Open Source ialah PHP & MySQL. Klik di sini.


November 7th, 2009 on 9:09 am
Salam, ENcik Zaki, terimakasih bebanyak di atas info dan perkongsian ilmu yang sangat berguna dan boleh dimanafaatkan bersama. Saya sebagai pengguna IT yang baru belajar dan nak berjinak-jinak dengan internet merasa begitu berbesar hati dengan kemurahan hati Encik Zaki. Terima kasih sekali lagi.
November 7th, 2009 on 11:43 am
@zainal abidin b abdullah: sama-sama… ilmu yg tak seberapa…
November 7th, 2009 on 11:45 am
terima kasih. baru-baru ini saya juga berminat terhadap open source software kerana ianya percuma. skrg saya boleh mulakan dengan openoffice. terima kasih kerana berkongsi info.
November 7th, 2009 on 11:52 am
Timakasih Tuan for the info….. learnt few thing today.
November 7th, 2009 on 12:01 pm
@Rofie: mari kita kempen open source… hahahaha…
November 7th, 2009 on 2:36 pm
Matklumat yang menarik…
November 7th, 2009 on 3:02 pm
saya pun dh 2 tahun lebih guna open office ni…. pada saya open office ni lebih hebat dari microsoft office sebenarnya…
November 7th, 2009 on 3:29 pm
@Nurshaliza: boleh sebarkan info ini kepada kawan-kawan.. hehehe… sharing is caring… hohoho…
November 7th, 2009 on 3:31 pm
@armangs: kalau open office lebih hebat… alamat tak laku le MS Office lepas ni.. satu kelebihan Writer berbanding Word ialah ia boleh convert dokumen tersebut jadi .pdf (ebook) dengan klik satu button di sana… wow!.. hebat! hebat!… mai ramai2 tukaq ke Open Office… hehehe…
November 7th, 2009 on 8:40 pm
Assalamualaikum…!!!
En. Zaki, saya merupakan salah seorang pengusaha cyber cafe bumiputera, syarikat saya dikelilingi oleh pusat pengajian tinggi, Cadangan En. Zaki agar kita mengunakan Open Source seperti Open Office memang sesuai bagi penguna individu, tetapi bagi cyber cafe saya ianya amat2 menyusahkan kerana rata2 para pelajar tidak berminat dgn Open Office kerana apa yg mereka telah didedahkan dgn MS Office oleh para pensyarah ni pusat pengajian mereka.. justeru itu jika cyber cafe saya mengunakan Open Office maka mereka tidak akan masuk ke dalam cyber cafe saya.
Lagi satu untuk main Game hanya perisian Windows sahaja yg compitble kalau perisian Ubuntu dan Linux jangan haraplah..lingkup dibuatnyerr..
So bagi kami yg buka cyber cafe ni terpaksalah mengeluarkan modal sampai RM 30 – 35 K semata-mata untuk membeli software sahaja.. ada apa2 cadangan kerr..
November 7th, 2009 on 11:11 pm
@Zacharyah Khairy: Saya dah lawat blog tuan… wah hebat juga lah tuan ni …ramai staff di sana ya… Pasal Open Office tu saya rasa mereka tak tahu sgt nak guna kot… sebenarnya format MS office cth: MS Word .doc boleh juga dibaca di Open Office – Writer… mungkin mereka beranggapan dokumen Word tak boleh dibuka di Open Office… jadi ramai yg mengelak dari menggunakannya… Versi Open Office yang terbaru sekarang v3.1 lebih canggih/improve dari V2.0 sebelum ini.
Saya rasa kalau diberi sedikit pendedahan dan tunjukajar (educate) kepada mereka…InsyaAllah lama2 akan tertarik…
Bagi kebanyakan Game memang Windows masih platform yang terbaik buat masa ni… bagi saya OS (Windows) mungkin kita kena kekalkan lg kerana banyak aplikasi yg masih memerlukan Windows.. lgpun biasanya OS dan komputer akan dibundle sekali dalam pakej…
November 9th, 2009 on 12:14 pm
untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com
harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa