Alhamdulillah kursus PHP & MySQL telah diadakan dengan jayanya di JomTraining Center (JTC) selama 4 hari mulai pada 16- 19 November lalu.

kelasphp1e

Seramai 3 orang peserta telah hadir. Mereka terdiri daripada seorang kakitangan syarikat KESAS dan 2 orang lagi daripada individu.

Memandangkan ini adalah kursus yang lebih teknikal, maka kursus ini khas untuk mereka yang mempunyai latarbelakang ‘programming’ atau pengaturcaraan.

Metodologi kursus adalah 100% secara praktikal dengan melakukan latihan-latihan programming berkaitan PHP & MySQL sepanjang di dalam kelas.

Memandangkan pengajar juga berpengalaman mengajar dan membangunkan sistem, maka kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya.

Yang paling penting peserta akhirnya mampu untuk membangunkan sebuah sistem menggunakan PHP & MySQL.

Saya sertakan beberapa foto semasa kursus dijalankan.

kelasphp1

Pengajar (kawan baik saya.. ) sedang memberikan penerangan. Beliau tak beri saya sebutkan namanya di sini.. tak nak glamour katanya.. hehehe.

kelasphp1a

Sdr Azmir dari KESAS sedang menerima tunjuk ajar daripada pengajar.

kelasphp1b

Peserta individu – Sdr Nizam & Afif

kelasphp1c

kelasphp1d

Ini antara baris-baris kod programming PHP yang ditulis semasa latihan dalam kelas. Ini kod ‘kacang’… pemanas enjin jer baru..

Semua peserta berpuashati dengan kursus yang dianjurkan. Di akhir hari kursus, peserta menerima sijil penyertaan.

Terima kasih kepada peserta yang hadir.  Semoga anda akan membina sebuah sistem PHP & MySQL yang hebat!

Nak tahu apa itu PHP & MySQL? Klik di sini.