Semalam 18hb. Nov seharian saya telah hadir ke MSC InnoTech Summit 2009 di Berjaya Times Square Hotel di Bukit Bintang, KL. Banyak manfaat dan info yang  saya perolehi di sana.

Antaranya perkongsian menarik presentation daripada beberapa orang usahawan Malaysia yang telah berjaya. Mereka berkongsi cerita bagaimana daripada mula mereka boleh menjadi usahawan sehingga telah berjaya memasarkan produk-produk mereka hingga ke seluruh dunia (produk mereka adalah dalam kategori ICT). 

Antara produk-produk tersebut ialah seperti http://www.cworks.com.my , http://www.planet-pulse.com , http://socialwalk.com dan banyak lagi…

Ya… jangan disangka produk ICT Made in Malaysia juga boleh menembusi pasaran ke seluruh dunia.

Nak tahu apa itu InnoTech? Saya sertakan video tentang InnoTech di bawah. (temubual bersama Director MDeC berkenaan InnoTech 2009 - temubual sebelum Innotech ini berlangsung…silalah tonton ya.. rugi tak tonton video ni!)

 
MSC Malaysia InnoTech Summit 2009 – The 2.0 Era (02)The most amazing bloopers are here

Terdapat juga beberapa buah booth yang mempamerkan produk-produk  lain ciptaan usahawan-usahawan Malaysia. Antara produk tersebut seperti sistem tracking notebook yang hilang, software social network buatan Malaysia, portal untuk mencari pekerjaan khas dalam bidang IT & security dan banyak lagi.

Sempat juga saya bertanyakan tentang produk mereka dan sememangnya inovasi yang dihasilkan menarik. Contohnya, saya sempat bertanya kepada satu syarikat pembuat social network portal dan katanya software tersebut telah berjaya dijual sebanyak 8,000 (harga minima USD99) unit ke seluruh dunia walaupun baru 1 tahun.

Selain daripada itu, terdapat juga booth daripada pihak bank dan kerajaan yang menyediakan kemudahan pembiayaan dan grant untuk para usahawan.  Antaranya daripada SME Bank, BSN, Ambank, MARA, Cradle dan sebagainya.

Sebenarnya kedatangan saya ke sini hanyalah satu tujuan. Iaitu saya ingin tahu apakah peluang atau platform yang ada yang boleh digunakan untuk mengembangkan bisnes sedia ada saya sekarang?

Namun, disamping itu saya telah memperolehi satu maklumat yang sangat berguna (inilah juga info yang saya cari-cari selama ini..).. Iaitu berkenaan grant yang disediakan. Kebetulan pula kerana sekarang ini saya sedang merancang untuk mengkomersialkan satu idea berkenaan satu produk.

Saya sempat bertanyakan beberapa booth, namun saya rasa Cradle adalah pihak yang sesuai sekali untuk tujuan tersebut.

Sebenarnya, kita rakyat Malaysia ada peluang yang besar untuk mengkomersialkan idea yang ada. Banyak kemudahan yang disediakan. Cuma kita mungkin tak sedar peluang ini.

Jom kita komersialkan idea inovasi kita ke seluruh dunia… Bajet takde tak apa.. Grant ada! Mana tahu…? jika idea inovasi anda diterima, anda boleh mendapat grant berjumlah RM150,000.

Apa itu Grant? Grant = bukan pinjaman. Anda akan diberikan grant tanpa perlu membayarnya semula. Inilah yang seronoknya ya!…

Saya nak maklumkan, InsyaAllah pada 15hb. Disember (Selasa) nanti, pihak Cradle akan mengadakan sesi Informational Talk berkenaan grant yang ditawarkan (masuk PERCUMA!). Saya nak jemput anda sekali datang ke sesi tersebut.

Jom ke sana… saya dah pun daftar. Kalau nak datang anda kena daftar dahulu ya… Daftar sebagai user di laman web mereka di http://www.Cradle.com.my kemudian anda perlu cari maklumat berkenaan Informational Talk tersebut (dalam web tersebut) dan berikan info (emel) kepada pihak mereka untuk anda hadir pada tarikh tersebut.