Kuota PTN untuk Selangor/KL ke-2 telah dipenuhi pada 19 November lepas.. jadi saya telah menutup kuota PTN untuk negeri ini.
Saya ingin memperkenalkan PTN Selangor/KL yang telah memenuhi kuota terakhir untuk Selangor/KL. Kuota tersebut ialah milik IT4U Sdn. Bhd.
Saya ucapkan syabas kerana IT4U cepat merebut peluang ini! Sebelum ini ramai juga beriya-iya untuk menjadi PTN di negeri yang HOT market ni, tetapi tiada kesungguhan yang ditunjukkan.
Namun apabila kuota telah penuh, barulah merayu untuk membuka peluang ini semula. Ohh… tentunya tidak adil macam tu. Maaf ya.. saya perlu menepati perjanjian yang ada.
Dalam perniagaan, kita perlu pantas mengambil peluang. Dalam masa yang sama perlu juga membuat keputusan yang tepat. Bagi saya IT4U telah merebut peluang ini dan membuat keputusan yang tepat – kena pada masanya.
IT4U nampak peluang yang besar ini. Apa lagi nak diragui? produk menarik, keuntungan pula besar. Mana lagi nak mencari keuntungan besar dengan harga produk yang rendah seperti ini.
Sedangkan market pula sangat besar. Lihatlah di sekeliling, banyak market yang belum ditembusi. Cuma pokok pangkalnya … nak atau tidak merebut market yang ada.
Saya dan Sdr. Husaimi (PTN Selangor/KL) yang juga pemilik syarikat IT4U Sdn. Bhd. sempena pelantikan rasmi sebagai PTN di JTC.
Kebetulan, rupa-rupanya sdr Husaimi juga adalah senior saya semasa di UTM dahulu. Hahaha… jumpa juga kita di sini ya…
IT4u adalah sebuah syarikat berasaskan ICT 100% milik bumiputera. Pejabat operasinya ialah di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Sehubungan dengan itu, semalam 24 November telah diadakan training EZGuard khas untuk staf IT4U Sdn. Bhd.
Saya sendiri yang memberikan trainingnya. Beberapa orang staff IT4U telah hadir dan mempelajari penggunaan EZGuard.
Disamping itu agen EZGuard yang lain juga telah dijemput untuk memantapkan lagi pemahaman mereka tentang EZGuard ni.
Training bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari. Diadakan di Jom Training Center.
Memang seronok bila beri training macam ni sebab dapat kongsikan banyak perkara mengenai teknologi EZGuard ni.
Anda berpeluang merebut peluang perniagaan ini di tempat anda. Kuota adalah terhad. Untuk melihat peluang perniagaan yang disediakan, klik di sini.













