Anak-anak saya memang sukakan ini. Biasanya kalau lalu je kawasan ni mesti dia minta saya singgah sebab nak beli benda ni. Sebelum ni, saya pun tak ambil kisah sangat. Tetapi semenjak saya tumpang ‘sekaki’ … ummm sedap juga rupanya!
Lebih-lebih lagi kalau cuaca panas… kena sesedut memang nak sedut lagi…huhuu. Itulah ice blended (atau dalam bahasa Melayunya – ais kisar – betulkan saya kalau silap ya! ).
Semalam, saya sungguh bertuah dapat berjumpa dengan seorang tokey Ice Blended. Mmm… masih muda belia lagi tapi dah ada bisnes Ice Blended sendiri. Nak tahu berapa umur beliau ni?… Mmmm sshhh… saya kena rahsiakan lah… dia tak bagi saya bocorkan! hahaha.
Lihatlah wajah beliau yang masih belia lagi! Yang mana satu tokey Ice Blended? (jawapannya baca hingga di akhir blog saya ini… haha)
Tapi memang jauh lebih muda dari saya. Dan saya sungguh tabik toing3X sebab usia yang masih muda tapi sudah ada wawasan bisnes sendiri. Walaupun baru sahaja menjalankan perniagaan Ice Blended sendiri, tapi beliau telah memiliki jenama Ice Blended yang dipatenkan. Beliau juga telah menghasilkan ramuan Ice Blended beliau sendiri. Sehingga ramai yang menyukai ramuan Ice Blended beliau ini.
Buktinya kini beliau sudah memiliki 15 cawangan rangkaian Ice Blend dengan jenama beliau sendiri. Saya juga mendapat banyak maklumat bila berborak dengan beliau ini. Beliau memang seorang yang suka dan seronok bila bercerita.
Bagi saya, inilah contoh anak muda yang patut diikuti.
InsyaAllah dalam waktu terdekat nanti, saya akan kongsikan bagaimana beliau boleh mula menjalankan perniagaan Ice Blended sehingga berjaya memiliki 15 rangkaian Ice Blended.
Inilah Tokey Ice Blended. Sdr. Mohd Firdaus (panggilan Firdaus – memang cantik nama ini- nama syurga tu!..)
Sambutan hangat dan hebat… lumayan beb!





October 8th, 2009 on 10:06 am
salam mohd firdaus,
sy kurang jelas rupa ice blended tu…..
harap letakkan gambar besar yg jelas satu persatu apakah ice blended yg disediakan…….. cm menu gitu…tentu lebih menarik bukan?
dan mgkin orang ramai yg belum tahu cm sy nak tgk…….hehehe
betul x………..?
October 8th, 2009 on 10:16 am
En.Zaki,
Sedap ker ais kisar tuu? Nak sikit……
Apa-apa pun syabass kepada saudara Firdaus contoh anak muda bumiputra yang berani.
Ada ofer jadi tambah cawangan Ice blended?
October 8th, 2009 on 10:21 am
heee
October 8th, 2009 on 10:30 am
Bila time panas terik pekena Ice Blended, perghh.. Kawasan Bdr Tasik Selatan, mana lokasi beliau? Nak juga try sekali
October 8th, 2009 on 10:44 am
salam dan selamat maju jaya kpd usahawan muda ni…
bisnes ni mmg hebat…setiap bisnes ada risikonya sendiri…siapa sanggup urus risiko tu merekalah org yg hebat!!!
BISNES IS SUNNAH…
October 8th, 2009 on 10:59 am
Bagus,tokey ice blended boleh dijadikan cth kpd belia lain.Apa nama ice blended tu dan ada blog sendiri ke.Tolong bagi……….
TQ
October 8th, 2009 on 12:44 pm
askm…tahniah diucapkan kpd sdr Firdaus krn berani mengetengahkan pasaran ais krim & berjaya menjadi contoh usahawan muda,bumiputra lak tu.juga jutaan terima kasih kpd en.zaki krn mendedahkan paparan ini.mudah2an boleh menjadi idea&semangat kpd anak melayu lain.hrp kwn2 boleh bantu saya menyumbangkan idea bernas utk menjalankan perniagaan yg sesuai dgn wang modal hanya RM200 shj….tq.
October 8th, 2009 on 12:46 pm
Orang asing datang Malaysia boleh buat macam-macam bisnes. Ditempat saya ramai Pakistan dah bukak ada perabot sendiri. Mula-mula kedai kecik… tak sampai beberapa bulan dah dapat kedai besar. Dulu Pakistan naik basikal jual kain.. sekarang dah jadi tokey. Yang beli sapa?…
Indon pulak buat bisnes kontrak.. sampaikan ramai orang kita cari Indon buat renovation rumah…
Hakikatnya… kalau nak kenalah seribu usaha.. tapi yang selalu ramai yang bari seribu alasan walau belum usaha.
Khairy – Gambar ice blended?… nanti i carikan… kalau ada la ya.. biasa slurp ajer… tak sempat ambik gambar… hehehe..
Kharidun – Memang sedap (bagi tekak saya lah… tekak orang lain tak tau la… hahaha)… lagi pun tgh panas-panas.. hahaha…
MY – di Bdr Tasik Selatan belum nampak ada org jual Ice Blended lagi… bagus kalau ada yg nak jual kat sana tu.. org ramai situ…
Kamalvss – memang ada jenama beliau sendiri – Ice D Blended….jenama ni dah trademark pun.. sape pun dah takleh ambik.
December 10th, 2009 on 10:22 am
saya nk tumpang tanya bang,actually sy pun berniaga ice blend gak,tapi nk tumpang tanya kat mn bole dapt perasa ice blend dan peratan ice blend… sy berniaga kt perak dan tiap bulan kena turun k.l untuk beli brg2 ice blend… kalau abg sudi kongsi idea sikit….thanks you bro….
December 10th, 2009 on 2:10 pm
Salam Sdr Md harith,
Ini laman web sdr Firdaus, boleh dapatkan info ice blended resipi tulen ciptaan beliau:
> http://www.tokeyicedblended.blogspot.com
December 14th, 2009 on 2:38 pm
assalamualaikum harith , akak nak tanya berniaga di perak dimana tu? akak pun org perak. kalau adik nak powder tu blh order kat akak je lagi dekat. email kat akak. Email: azella09@hotmail.com/azella09@yahoo.com.
February 7th, 2011 on 12:36 pm
kak nak tny 1kilo sbuk ice blended brp ye.mcmmana nak dptkan .akak blh bgi no tpon nanti sya call.
October 8th, 2009 on 12:48 pm
semoga berjaya dlm bisnes.
October 8th, 2009 on 12:51 pm
Ajidah – RM200 boleh juga bisnes… salah satunya produk direct selling… atau kalau minat masak dan ada rasa… boleh jual nasi lemak bungkus. Hantar ke kedai-kedai… hantar pagi ambik petang… sekadar idea je..
October 8th, 2009 on 1:56 pm
Tahniah pd sdra firdaus. Moga kita dpt contohi kegigihan beliau membuka bisnes dan berjaya mengembangkan bisnes ice blended nya. Memang sedap ice blended ni cuma kalau kat shopping complex susah nak jumpa org kita yg jual. Mungkin tak lama lagi kot. Insha Allah….
October 8th, 2009 on 2:09 pm
Haa… peluang baik tu Tuan Azhar… semoga ada org kita yang jual Ice Blended di sana..
Dari segi sewa pula kalau yg setakat saya tahu dlm RM300 juga / day – di kawasan Puchong ni lah… tapi boleh nego lagi kot agaknya…
October 8th, 2009 on 2:18 pm
Di Jln TAR, saya pernah terjumpa Ice Blended bergerak. Jual atas tayar (bukan atas jalan
). Senang nak mobile.
October 8th, 2009 on 2:37 pm
ya, saya suka dengar usahawaan melayu maju..tahniah…
October 8th, 2009 on 6:49 pm
Memang hebat, macam usahawan Jambu 88 la, kalau satu gerai untung 300 seharri 15 geai berapa dah..fikir-fikirkan lah…
October 8th, 2009 on 9:15 pm
Ya.. memang menguntungkan. Belum sampai setahun tu!… Mau jadi jutawan budak’ ni sebelum umur dia 30 tahun! hahaha…Amiiin (mari kita doakan dia..) Tapi Sdr. Firdaus bg tahu saya dia tak nak untung seorang2… kalau boleh biarlah orang lain pun boleh bisnes macam dia juga…
Yang menariknya, naik kete kancil je dah boleh bawa semua barang2 Ice Blended termasuk meja dan peralatan lengkap lain… bayangkan kiosk macam gitu boleh bawa dalam kete kancil?… hahaha… dia ni memang kreatif.
December 10th, 2009 on 10:25 am
katmane bole dapat meja t bang,klu sy nk order brp cos bang…?
February 22nd, 2010 on 9:52 am
salam saudara harith, u blh hubungi saya 017-9829248
October 8th, 2009 on 9:17 pm
MY- macam mana jual atas tayar tu?…hebat juga tu ya!… atas motor je ker?…
October 8th, 2009 on 11:31 pm
Salam kepada semua, Apa Khabar Rakyat Malaysia?? Terima Kasih Buat En.Zaki yang memaparkan cerita Tokey Ice Blended, Kami telah bertemu di JTC bagi mengembangkan biz ice blended…. Saya mencari 22 org sahaja untuk kursus Asas Perniagaan Ice D’ Blended… Cepat..Cepat.. http://www.kursusbizicedblended.blogspot.com.
October 9th, 2009 on 3:04 am
Tahniah dan syabas untuk Sdr Mohd Firdaus. Saya respect abis lah atas pencapaiannya.
October 9th, 2009 on 7:26 am
Tq En.Mohammad Naim, perjalanan biz baru bermula, Sokongan semua diperlukan bagi meluaskan lagi jenama dan pasaran. Sama-sama kita berusaha untuk Cemerlangkan bangsa kita di bumi kita sendiri, saya hanya mencipta peluang untuk membantu Anda semua. Keputusan di tangan Anda semua.
December 10th, 2009 on 10:35 am
berapa cos untuk meja tu….
October 9th, 2009 on 8:19 am
InsyaAllah nanti saya dan Firdaus akan ceritakan pengalaman lanjut beliau berniaga Ice Blended ni… dia kata memang seronok.. buat dengan enjoy je…
October 9th, 2009 on 9:06 am
Salam En.Azhar, Jenama Ice D’ Blended baru ada 1 di Family Store Masjid Tanah Melaka, baru 9 hari beroperasi, Mengikut Laporan Network saya disana sambutan Alhamdulillah.. Insyallah Jenama ini juga akan berada di dalam Jaya Jusco Klang, Tunggu masa sahaja… Nantikan nya..
October 10th, 2009 on 2:53 am
I AM NOT ANAPINKY,,,,,THANK’S
October 10th, 2009 on 5:05 am
apa makna anapinky tu?… first time dengar tu… hehe… dah tanya pakcik google tapi tak jumpa… hahaha…canggih sepat..
October 10th, 2009 on 5:59 am
http://www.kursusbizicedblended.blogspot.com layari untuk mengetahui maklumat kursus terkini….
http://www.tokeyicedblended.blogspot.com layari untuk kenali dunia ice d’ blended…
October 10th, 2009 on 6:00 am
hehehe… en.zaki ‘anapinky’ tu lebih kurang mcm sifat warna pink la kot..
October 10th, 2009 on 6:11 am
Salam.. Apa Kabar Semua.. Alhamdulillah tidak lama lagi saya akan menambahkan network di dalam UPSI, Tanjung Malim dan Batang Kali Selangor..
October 12th, 2009 on 4:25 pm
dulu, terniat juga nak buka. Tapi belum lagi bersedia. INsya-Allah. Tak lama lagi kalau masa mengizinkan..
October 13th, 2009 on 6:53 am
Salam titan, u x bersedia mcm mana tu? Alhamdulillah hari Ahad bersamaan 11 November saya pergi menziarahi network saya yang berniaga di Masjid Tanah, Selama 5 Jam juga saya berada disana, sambil itu saya menolong dan mengajar serba sedikit lagi tentang ilmu perniagaan ice blended nie, bersyukur kepada Allah dan rezeki Allah s.w.t sale pada hari itu berjumlah RM860.00.. Pecah rekod sale hari-hari lain.. Diorg baru 11 hari berniaga di tapak itu..
October 14th, 2009 on 6:48 pm
wow muda muda dah hebat saya pun nak ikut jejak langkah
October 15th, 2009 on 8:30 am
9/10 rezeki datang daripada berniaga… confirmed!… maknaya yg lain tu 1 % je.. hehehe… (jgn mare… makan gaji pun ok juga tapi tak sehebat berniaga..) Nabi kata mesti betul.. cuma yg tak betul tu sebab silap diri sendiri.. sebab tak belajar berniaga… berniaga pun kena belajar… barulah tak ikut2 orang berniaga kita pun nak berniaga… sedangkan ilmu berniaga takde… apa2 bidang ilmu tu memang penting….
October 21st, 2009 on 4:24 pm
di sarawak kami orang panggil ABC(Air Batu Campur) kalau betul lah…
semoga berjaya..
October 25th, 2009 on 8:31 am
SALAM semua, tahniah kpd saudara Firdaus dlm usia yg muda dh berhasil ada produk yg diusahakan sendiri. Saya pun pengilang produk yg sama tp bermula dh agak lewat sbb dulu2 dlm golongan ekstrem makan gaji…..ye le gaji yg dpt tu pun memang betui2 selesa no, tp bila dh buat bisnes ni hasilnya lbh lg berbalaoi2 mcm Amie Search kata tu (Maya Karin pun kata gitu…berbaloi2). Terus tingkatkn servis & kualiti produk pd pelanggan sbb pengalaman sy selama 5 thn terbabit dlm bidang ini, servis adalah sgt diperlukn oleh pelanggan kita…….so, jgn ambil mudah OK, bersama kita semua doakan En Firdaus jd jutawan ice blended dlm masa terdekat,Wassalam semua. Kopi Dagang Resources (M) Sdn Bhd
October 25th, 2009 on 9:12 am
Saudara Zaki, sy ni golongan lbh kurang celik IT baru sblh mata, kalau pasal internet agak lembab, kursus lamanweb atau apa2 yg berkaitan boleh ke jelaskn utk sy hadiri kursus anjuran tuan yg lbh berkaitan dgn profesion & business sy. Boleh juga hubungi sy di no. 012-393 8082, 017-636 8082 (Mohd Sharifuddin @ Mr Mosha). Komen psl trade mark logo saudara tu – huhh menarik sbb kemas dan pilihan warna tepat (warna trade mark logo sy berasaskan warna favorute Nabi kita – hijau, putih & hitam, semuga berkat)
October 27th, 2009 on 9:19 am
Salam Semua.. Terima Kasih Mr.Mosha, sy rasa kita pernah berjumpa.. Saya baru berusia 26 tahun, pengalaman mr mosha boleh jadi tunjuk ajar pada saya, Nasihat mr.mosha diperlukan.. sama-sama kita memacu ekonomi UMMAH..
October 27th, 2009 on 9:24 am
Tawaran Hebat bagi yang mengikuti Kursus Asas Perniagaan Ice D’ Blended pada 7 November 2009 (Sabtu).. Ini Terhad Kepada 22 orang peserta Sahaja.. Anda Boleh memulakan Perniagaan dengan mendapat Set Lengkap berharga RM2350 sahaja termasuk Stall dan Bahan Mentah.. layari http://www.kursusbizicedblended.blogsopt.com maklumat lanjut disini
November 3rd, 2009 on 4:24 pm
Salam Saudara Firdaus,
tahniah atas kejayaan anda dlm dunia biz. bleh le sy tumpang jadikan contoh. br sat td sy try masuk directly guna link yg saudara bagi tu, sekali blocked ingatkan company dah block blogspot pulak, rupak2 nyak ejaan ‘blogspot’ dah jadik ‘blogsopt’, patut tak bleh nak masuk…hehe
November 4th, 2009 on 9:36 pm
best betul biz ni..
nak jugak la…hehe
Dapatkan Tips & Cara Buat Duit
Klik Je Dapat Duit
November 16th, 2009 on 4:19 am
syabas buat anak tempatan kita yg berjaya ini….semoga selalu diberkati oleh Allah….
Assalammualaikum..kepada sesiapa yang mahukan serbuk perisa ice blended ini..sila e-mailkan kepada iceage_enterprise@yahoo.com
sebanyak 30 jenis perisa yang terdapat di dalam produk kami…
kami menanti anda…!!!
December 10th, 2009 on 10:45 am
bang boleh tak bang bagi harga untuk serbuk ice blend tu,sbb sy pun berniaga ice blend
February 22nd, 2010 on 9:57 am
sekilo hanya RM20 , tidak perlu campur apa2 dah.. Jika kuantiti kg banyak ada lagi harga. tq.
March 6th, 2010 on 8:48 pm
md. harith, jika mau serbuk ice blend boleh hubungi saya, 0196687543., saya duduk di ipoh.
November 16th, 2009 on 7:07 pm
salam kepada pengunjung2 blog en.zaki.. terima kasih.. untuk makluman semua sekarang saya sudah mempunyai 22 network.. alhamdulillah makin bertambah.. anda yang berminat sila lah hubungi secepat mungkin bagi mengisi kekosongan yang masih ada.. jadi lah org pertama di tempat anda..
November 17th, 2009 on 5:11 am
@Firdaus Ice D’ Blended: wah firdaus…. tahniah & syabas… semakin menjadi .. teruskan usahamu… mudah2 an bertambah sukses…
November 17th, 2009 on 7:52 am
salam e.zaki.. sama2.. alhamdulillah… jenama saya akan ke langkawi.. masa LIMA 2009 akan ada disana.. tinggal sebelah pantai timur jer belum diterokai lagi.. sebelah utara, selatan, belah tengah2 alhamdulillah sudah bertapak.. mari2 org pantai timur untuk menyertai kami.. hubungi saya segera untuk mkalumat lanjut..
November 20th, 2009 on 10:38 am
ok,bro…cari van cepat2 sket, insya allah pas raye kite gerak ke langkawi
ma’a taufik wan najah a’la kulli hal
November 21st, 2009 on 5:26 am
@fragilehero_iceDblended: LIMA tu panas tuan… mesti ic blended meletup tu… moga bisnes untung besar di sana nanti…Amiiin.
November 22nd, 2009 on 8:12 am
Salam en.zaki, Ice D’ Blended buka 2 tempat semasa LIMA Langkawi nanti.. Doakan Allah permudahkan urusan kami.
January 7th, 2010 on 7:55 am
suami sejahtera isteri bahagia di http://shakil.kelabjutawan.com/
badan sihat umur panjang
January 7th, 2010 on 8:26 am
Salam e. zaki.. apa kabar? selamat tahun baru .. semoga segala impian 2009 tercapai.. alhamdulillah sy sudah mempnyai 50 lebih network di seluruh negara.. bulan 2 nie insyaallah jenama saya akan berada di kota kinabalu sabah.. target saya tahun nie akan keluarkan 200 network sebelum jun 2010.. saya juga akan keluar kan perantis yang akan diberi gaji sebanyak rm800 selama 3 bulan n rm1000 3 bulan berikut nyer.. klu bagus perantis akan diberi pinjaman..
February 21st, 2010 on 5:23 pm
Assalammualaikum.
Saya adalah network En. Firdaus di Family Store Masjid Tanah. alhamdullilah perniagaan baik dan yang mengendalikan bisnes saya adalah adik beradik saya. Saya bekerja jadi saya gunakan kakitangan adik beradik utk menguruskan perniagaan. Jgn risau, Ice blended jenama Ice D Blended ni memang sedap dan cara membuatnya mudah tanpa meggunakan air gula. Ini lah satu-satunya powder yang diusahakan menggunakan kaedah tangan …bukankah air tangan mak kita buatkan makanan rasanya lagi sedap? lagi satu apabila makanan dibuat dengan bacaan kalimah Allah s.wt. ianya lagi suci? Jadi apa tunggu lagi….kalau org2 di Melaka nak kan powder ini boleh datang ke Family Store Masjid Tanah untuk mendapatkannya. Kita naikkan org Melayu (Islam) dalam perniagaan ini. Untuk makluman saya pun baru dapatkan lesen di AG Uptown (Majlis Bandaraya Alor Gajah, Melaka) untuk menjalankan perniagaan ini. Saya selalu minta doa daripada mak saya dan juga tokey ice blended ni saudara Firdaus….
Hi Fridaus, jgn lupa bagi akak perantis utk tujuan PUNB memberi latihan kepada siswazah2 PUNB.
Firdaus dah bagi green light utk saya jadi pengedar powder untuk negeri Melaka.
Sekian.
Aniza 013 3046623
February 24th, 2010 on 8:36 am
semoga bisnes sdri maju jaya… seronok mendengar kisah perniagaan sdri..
Tn Firdaus memang boleh dipercayai…
March 1st, 2010 on 1:26 pm
salam en firdaus, saya berminat juga untuk bersama join bisnes dan menjadi network anda..masih ada kekosongan lagi x?saya tinggal di bandar baru sentul, family di sungai buloh..kemungkinan saya nak buat di sg buloh..terima kasih
March 8th, 2010 on 10:22 am
wslm cik ima, masih ada kekosongan klu bi area sg.buloh,
boleh hubungi saya secepat mungkin, 017-9829248
saya akan memberikan penerangan lebih lanjut kepada cik
terima kasih
March 8th, 2010 on 4:26 pm
Assalamualaikum.
Sdr. Firdaus.. sy ni dok kat Johor..klu nk on biz ni..camner nk dapatkan powder ice blended ni.. ada pengedar kat Johor tak…
Sekian..
March 8th, 2010 on 7:07 pm
Wslm.. itu xde masalah, network saya ada di Langkawi, sejauh mana kita boleh hantar.. itu saudari x perlu risau.. Tq. 017-9829248 hubungi saya/sms saya.
March 12th, 2010 on 9:26 pm
akum?sy suka dgn bisnes saudara,bagaimn sy blh dpt kn barang2 saudara..sy berasal dr sandakan,sabah.
March 12th, 2010 on 10:00 pm
sy harap saudara dpt reply soalan sy secepatnnya..tq
July 23rd, 2010 on 3:33 pm
Boleh Hubungi saya 107-9829248