Anak-anak saya memang sukakan ini. Biasanya kalau lalu je kawasan ni mesti dia minta saya singgah sebab nak beli benda ni. Sebelum ni, saya pun tak ambil kisah sangat. Tetapi semenjak saya tumpang ‘sekaki’ … ummm sedap juga rupanya!

Lebih-lebih lagi kalau cuaca panas… kena sesedut memang nak sedut lagi…huhuu. Itulah ice blended (atau dalam bahasa Melayunya – ais kisar – betulkan saya kalau silap ya! ).

Semalam,  saya sungguh bertuah dapat berjumpa dengan seorang tokey Ice Blended. Mmm… masih muda belia lagi tapi dah ada bisnes Ice Blended sendiri.  Nak tahu berapa umur beliau ni?… Mmmm sshhh… saya kena rahsiakan lah… dia tak bagi saya bocorkan! hahaha.

iceblended

Lihatlah wajah beliau yang masih belia lagi! Yang mana satu tokey Ice Blended? (jawapannya baca hingga di akhir blog saya ini… haha)

Tapi memang jauh lebih muda dari saya. Dan saya sungguh tabik toing3X sebab usia yang masih muda tapi sudah ada wawasan bisnes sendiri. Walaupun baru sahaja menjalankan perniagaan Ice Blended sendiri, tapi beliau telah memiliki jenama Ice Blended yang dipatenkan. Beliau juga telah menghasilkan ramuan Ice Blended beliau sendiri. Sehingga ramai yang menyukai ramuan Ice Blended beliau ini.

Buktinya kini beliau sudah memiliki 15 cawangan rangkaian Ice Blend dengan jenama beliau sendiri. Saya juga mendapat banyak maklumat bila berborak dengan beliau ini. Beliau memang seorang yang suka dan seronok bila bercerita.

Bagi saya, inilah contoh anak muda yang patut diikuti.

InsyaAllah dalam waktu terdekat nanti, saya akan kongsikan bagaimana beliau boleh mula menjalankan perniagaan Ice Blended sehingga berjaya memiliki 15 rangkaian Ice Blended.

iceblended1

Inilah Tokey Ice Blended. Sdr. Mohd Firdaus (panggilan Firdaus – memang cantik nama ini- nama syurga tu!..)

iceblended2 iceblended3

Sambutan hangat dan hebat… lumayan beb!