Selama 6 hari pihak JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) telah berkampung di JTC.

Bermula pada hari Isnin 23 hb. Oktober sehinggalah 30 Oktober 2009 (Jumaat) ini. Tujuan mereka ada di sini ialah untuk menyertai latihan sistem yang dinamakan eJKM yang telah dibangunkan oleh pihak perunding sistem iaitu eNCoral Digital Solutions.

Seramai 15 orang peserta dari JKM telah datang ke kursus ini. Pihak JTC perlu menyediakan setiap seorang sebuah komputer. InsyaAllah… yang tu tak de lah masalahnya… hehehe..

Oleh kerana semua komputer di JTC ada kemudahan wireless maka sistem mereka dapat disambungkan secara wireless kepada setiap komputer peserta. Jadi bilik training kemas… takde lah kabel bertabur atas lantai. Silap haribulan terbelit kaki… tergolek dog!.. hahahaha…

Pada saya memang menarik sistem eJKM ni… mudahlah lepas ni JKM nak memantau segala tugas dan laporan mereka. Kerana dah ada sistem sendiri. Sistem ni pula secara web. Jadi lebih mudah lagi dari segi mobilitinya.

Saya sempat bertanya pihak perunding, database apa yang mereka gunakan dan programming apa?  Mereke memberitahu mereka menggunakan Oracle & jsp untuk membangunkan sistem ini. Bayangkanlah kalau guna Oracle …. faham-fahamlah kos sistem ni. Apapun 1 Malaysia… hehehehe. 

Antara modul-modul yang sempat saya lihat ialah Sistem Kaunseling & Psikologi, Taska & Asuhan. Ada beberapa modul lain lagi tapi saya pun tak ingat dah sebab bukan saya yang nak guna… hehehe…

Saya kongsikan beberapa foto ketika sesi latihan sistem.

jkm1 jkm2

Pihak developer sendiri (EnCoral) sedang memberikan latihan eJKM.

jkm3 jkm4

jkm5 jkm6

Sistem eJKM.

JTC mengucapkan terima kasih kepada pihak eNCoral & JKM yang telah menggunakan kemudahan di JTC. Semoga anda berpuas hati.