Anda kenal Sdr. Shuth? Jika anda kenal, memang sahlah anda tahu (tahu banyak ke sikit tak pentinglah ya…) tentang perniagaan Internet.
Beliau adalah seorang usahawan Internet (samalah juga seperti saya… hahaha). Sebenarnya saya sudah agak lama mengenali beliau. Sejak beliau mula menjual ebook bertajuk Mas Kahwin Yang Hilang lebih kurang 3 tahun lepas. Kami pun pernah berjumpa sebelum ini sewaktu acara gathering usahawan Internet di Bukit Jalil pada tahun 2008.
Semalam, Sdr. Shuth telah datang ke JTC. Sebelumnya beliau telah memberitahu beliau akan datang ke JTC. Jadi saya pun sedia menunggu beliau. Tujuan beliau datang ialah untuk meninjau kemudahan di JTC dimana beliau bercadang mengadakan seminar perniagaan Internet beliau di sini. Seminar apa tu ya?… Haa.. nanti saya akan maklumkan.
Setelah beliau sampai di sini, saya pun membawa beliau melihat-lihat kemudahan di JTC. Selepas tu kami pun berkongsi-kongsi cerita tentang perniagaan Internet. Memanglah seronok bila jumpa dan bercerita dengan rakan-rakan seperjuangan ni. Kalau diikutkan seharian pun boleh tak tersedar … hehehe…
Setelah melihat kemudahan di JTC, beliau sangat berpuashati dan terus bersetuju untuk mengadakannya di sini. Beliau terus membuat tempahan untuk tarikh kursus tersebut.
Sebenarnya beliau akan mengadakan kursus “Seminar E-Book” di JTC pada 1 November nanti. Sebelum ini beliau pernah mengadakan kursus tersebut di sebuah hotel di KL. Memandangkan Seminar kali ini lain daripada lain, iaitu beliau akan menggunakan komputer dan capaian Internet untuk setiap peserta, maka beliau telah memilih JTC untuk kursus tersebut.
Kepada yang ingin menceburi bidang Ebook (perniagaan Ebook) memang saya sangat mencadangkan anda menghadiri seminar ini. Sejak mengenali beliau, Shuth seorang yang ikhlas bila bercerita. Beliau berpengetahuan luas dalam perniagaan Internet dan Ebook. Ebook beliau juga telah terjual sehingga 7000 unit. Beliau juga pernah dijemput untuk bercerita tentang Ebook dan perniagaan Internet di TV.
Saya dan Shuth.
Sdr. Shuth di TV.


October 13th, 2009 on 2:15 am
Beliau juga mentor saya walau tidak secara rasmi. Bermula ebook saya yang pertama setelah terinspirasi dengan ebook MasKahwin beliau tersebut.
October 13th, 2009 on 7:30 am
SmartZul – beliau antara org terawal menjual ebook di pasaran Internet Malaysia… teringat lagi dulu masa dia jual hardcover Maskahwin di BHarian Online…saya pernah tanya nak beli masa tu – sold out – then tak lama lepas tu beliau buat dalam format ebook… sampai bila-bila pun tak sold out!… hehehe…
October 14th, 2009 on 6:18 pm
wow hebat saya nak pi nak ambik cuti saya memang fokus biz digital ebook ke video ke apapun la lebih lebih shuth wangcyber founder ganas tue