Tahu tak PayPal dah mesra Malaysia sekarang! Duit yang ada dalam akaun PayPal dah boleh terus bank-in ke dalam akaun di sini.
Kalau dahulu, pemindahan terpaksa hanya gunakan Kad Debit bank terpilih dan kad kredit VISA. Memang agak menyusahkan kerana nak apply kad-kad tersebut terlebih dahulu.
Tapi kini… dah senang (lepas ni lagi bertambah senang agaknya…)
Sebenarnya berita baik ini bermula pada 14hb. Oktober lalu. Saya pun tak perasan. Bila seorang rakan saya (Master Yus..) beritahu saya pun terkejut.com… hehehe… Terus check PayPal dan memang terbukti kebenarannya.. hurayyyy….
2 berita penting yang saya kira sangat menarik saya boleh simpulkan macam gini:
1- Paypal dah boleh terima bayaran dalam RM. Bermakna kita dah boleh letak harga dalam RM untuk butang PayPal dalam laman web jualan kita.
Klik imej di atas untuk besarkan.
2- Duit yang ada di dalam PayPal dah boleh dipindahkan terus ke akaun bank-bank tempatan di Malaysia. Jadi tak ada masalah lagi. Kiranya macam buat Fund Transfer je…. hehehe…
Klik imej di atas untuk besarkan.
Senarai bank yang diterima seperti di bawah:
-AFFIN BANK BERHAD
-ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
-AMBANK BERHAD
-BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
-BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD
-BANK MUAMALAT BERHAD
-BANK SIMPANAN NASIONAL
-CIMB BANK BERHAD
-CITIBANK BERHAD
-DEUSTCHE BANK
-EON BANK BERHAD
-HONG LEONG BANK BERHAD
-HSBC BANK MALAYSIA BERHAD
-MALAYAN BANKING BERHAD
-OCBC BANK (M) BERHAD
-PUBLIC BANK BERHAD
-RHB BANK BERHAD
-STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD
-THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD
-UNITED OVERSEAS BANK
(senarai ni saya ambil dari web PayPal.. maknanya confirm lah boleh!)
Tempoh pemindahan pula tidak lama iaitu cuma 2-3 hari bekerja sahaja berbanding pemindahan cara lama sebelum ini (pemindahan ke kad kredit @ debit) selama 5-7 hari bekerja.
Klik imej di atas untuk besarkan.
Caj pemindahan pula hanya RM3 sahaja jika jumlah sekali pindah kurang RM400.
Tapi kalau RM400 dan ke atas – tiada caj. Free… Fuyooo… bestnya!
Jika sebelum ni cajnya USD5 tuh! (USD5 x RM3.3 = RM16.50) Jauh beza kan?
Memang tersangat mudahlah macam ni.
Sayalah salah seorang yang sangat gembira dengan perkembangan begini.
Bermakna mungkin PayPal telah melihat Malaysia sebagai salah satu negara
yang suka membeli secara online.
Pada saya memang patut pun.. kerana EBay Malaysia juga sudah lama di
buka. Mungkin ada kaitan dengannya kerana PayPal juga adalah anak syarikat EBay.
Kini, saya rasa setiap orang perlu ada akaun PayPal. Daftar sahaja di web PayPal.com secara percuma. Cari butang Sign Up. Seperti gambar di bawah.

Klik imej di atas untuk besarkan.
Selepas ini banyak kelebihannya jika anda ada akaun PayPal.
Bukan hanya untuk membeli secara online je… kalau nak hantar duit mak di kampung pun dah boleh guna PayPal je… hehehe…













