Archive for September, 2009

EZGuard di Elektrisola.

Elektrisola merupakan sebuah syarikat antarabangsa berpusat di Jerman. Syarikat ini adalah pembuat dan pengeluar ‘Fine Enamelled Copper Wire’ terbesar di dunia. Ia juga mempunyai rangkaian kilang-kilang dan pejabat di seluruh dunia termasuk di Eropah, Amerika dan Asia.

Di Malaysia, kilang Elektrisola (M) Sdn. Bhd. beroperasi di Janda Baik, Pahang. Di rantau Asia ia adalah satu-satunya kilang di Malaysia selain di negara China.

elektrisola

Kilang Elektrisola di Janda Baik, Pahang.

Hari ini (pagi tadi) Sdr. Hafizal telah mengajak saya untuk datang ke kilang tersebut untuk pemasangan EZGuard di sana. Kami telah sampai di kilang tersebut lebih kurang jam 9.30pg (temujanji jam 10pg). Tidak lama kemudian beberapa orang pegawai syarikat (nama dirahsiakan) datang menemui kami dan mengajak kami ke pejabat mereka.

Mereka telah menempah 3 unit EZGuard dengan pertambahan beberapa check point dan guard id. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya penggunaan EZGuard dapat memantau segala rondaan kawalan keselamatan di sana. Untuk pengetahuan anda, kilang di sini mempunyai 3 syif kawalan keselamatan dan rondaan dilakukan sepanjang 24 jam.  Bayangkanlah betapa kritikalnya kawalan keselamatan di kilang ini!

Sebelum ini, kilang tersebut telah menggunakan sistem watchman clocking (sistem lama) dan mereka telah memaklumkan kepada kami bahawa penggunaan sistem lama tersebut sangat merumitkan dan memerlukan banyak masa dan kerja untuk menghasilkan laporan. Berbeza dengan EZGuard yang boleh menghasilkan laporan lengkap 100% secara automatik. Jadi kerja mereka 200% mudah! (Mmmm senyum je saya mendengarnya… hehehe)

Saya ingin kongsikan kepada anda pengalaman kami berada di sana. Oleh kerana kawalan keselamatan yang ketat  di kilang tersebut, kami tidak dibenarkan mengambil foto di dalam kawasan kilang. Namun kami dibenarkan mengambil foto di luar dan dalam pejabat mereka sahaja.

elektrisola1

Di kilang Elektrisola, Janda Baik, Pahang. Bersama PTN Sdr. Hafizal Ramli.

elektrisola3 elektrisola2

Pintu masuk ke kilang dan bangunan luar kilang. Gambar hanya boleh diambil daripada luar bangunan sahaja.

elektrisola5 elektrisola6

Kami juga menunjukkan cara-cara penggunaan EZGuard dengan lebih terperinci. Penggunaannya mudah saja. Semua pegawai yang hadir mendengar dengan penuh minat tentang keberkesanan EZGuard. Sehinggakan tidak disedari rupanya kami dah barada di situ hingga jam 12 tengahari… Hahaha (seronok punya pasal). Pemasangan check pointnya pula mereka akan lakukan sendiri kerana ia kawasan sensitif.

elektrisola7 elektrisola8

“Oohhh.. rupanya mudah saja guna EZGuard ni. Hanya klik di sini.. ikut menu-menu yang ada. Laporan 100% auto.”

elektrisola4

Penyerahan EZGuard oleh Sdr. Hafizal. EZGuard sudah boleh mula digunakan. Gembira rasanya dapat membantu memudahkan kerja-kerja mereka selepas ini.

Selesai sahaja latihan dan tunjuk ajar tersebut, maka kami pun pulang lebih kurang jam 12.15tghari.

Satu kebanggaan apabila EZGuard diberi kepercayaan oleh sebuah organisasi bertaraf dunia yang mempunyai piawaian kawalan keselamatan yang tinggi.

Pengguna EZGuard Terbaru

Nama kilang: Elektrisola (M) Sdn. Bhd. ( www.Elektrisola.com )

Jalan Damai 1, Janda Baik
28750 Bentong, Pahang
.

Tarikh penyerahan: 16 hb. September 2009

Jumlah Unit: 3 Unit EZGuard. (18 Guard ID & 30 check point)

Anda nak tahu berapa keuntungan PTN untuk setiap unit? Klik di sini sekarang!


Bengkel Website 5-6 Sept 2009.

Alhamdulillah bengkel website pada 5-6 September 2009 (Sabtu – Ahad) lepas berjaya dilaksanakan. Seramai 11 orang peserta yang hadir. Ada yang datang dari Ipoh, Melaka, JB dan kebanyakannya adalah Lembah Klang.

bengkelwebsite1

Berdiri dari kiri: Nur Affina, Siti Haida, Fauzi, Saliza, Hazmeera,

Duduk dari kiri: Riduan, Naim, Zaki, Azman, Shahrul Afendi

Tiada dalam gambar (pulang awal kerana urusan kecemasan): Johari & Farah Izwani.

bengkelwebsite2

Sempat juga buat tanduk rusa si Fauzi tuh… hahaha.

bengkelwebsite3

Kalau ada masalah jangan segan-segan… segan duk bagan. hahaha.

bengkelwebsite4

Depan dari kiri: Naim & Riduan.

Belakang dari kiri: Nur Affina & Johari.

bengkelwebsite9

bengkelwebsite5

bengkelwebsite6

Banyak tips dan panduan yang diberikan. Hanya perlu ikut dan praktikkan InsyaAllah akan nampak hasilnya.

bengkelwebsite7

Jaja sedang bertanyakan soalan. Tanyalah…

bengkelwebsite8

Terima kasih kepada semua yang datang. Selepas ini apa tindakan tuan/puan semua? Ingat pesan saya ya…


Lagi Sekolah Guna EZGuard.

Sebelum Zohor tadi, Sdr Hafizal Ramli (HafizalRamli.com) memberitahu saya bahawa beliau baru sahaja selesai memasang EZGuard di Sekolah Men. Agama Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka, Pahang.

Wahh.. semakin rancak nampaknya EZGuard di Pahang. Beliau juga memberitahu saya, beliau akan membuat demo kepada sebuah kilang Felda di sana petang ini juga. Mudah-mudahan EZGuard dapat pula digunakan di kilang tersebut nanti.

Saya kongsikan beberapa keping gambar oleh Sdr. Hafizal semasa pemasangan EZGuard di sekolah agama tersebut.

maahadahmadshah1

Tuan Pengetua, GPK dan Sdr Hafizal sedang membincangkan sesuatu mengenai EZGuard.

maahadahmadshah2 maahadahmadshah3

Antara checkpoint pilihan Pengetua – antaranya di bangunan Asrama Puteri.

maahadahmadshah5 maahadahmadshah4

Di kawasan Warden Asrama & rumah Pengetua.

maahadahmadshah6 maahadahmadshah7

GPK sedang mencuba sistem EZGuard. Memang mudah, cepat, tepat dan sahih. Tiada ragu-ragu lagi.

maahadahmadshah8

Sdr Hafizal menyerahkan EZGuard kepada pihak sekolah. Pengetua menyerahkan cek bayaran menandakan beliau berpuashati dengan EZGuard dan sudah boleh digunakan. Mudah sahaja urusan pemasangan EZGuard ni. Beberapa jam sahaja selesai dan terus dapat bayaran.

Sekolah #3

Nama sekolah: Sekolah Men. Agama Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Jengka, Pahang.

Tarikh pemasangan: 9 hb. September 2009

Jumlah Unit: 1 Unit EZGuard.


Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress