Anda pernah dengar Stabilo? Ya.. tentu ada yang pernah dengar nama ni. Kalau kita pergi kedai alat tulis, banyaklah jenama Stabilo ada di situ. Sebenarnya Stabilo adalah jenama produk. Nama syarikat yang memiliki produk ini adalah Swan Malaysia Sdn. Bhd.

Semalam saya ke Senai. Tujuannya hanya satu iaitu untuk ke kilang Stabilo di Taman Teknologi Johor. Saya bertolak pada jam 7 pagi bersama staff saya (Fariz). Temujanji lebih kurang jam 11 pagi. Saya anggarkan masa perjalanan adalah sesuai untuk temujanji jam 11 pagi tersebut.

Disebabkan perjalanan di lebuhraya yang lancar dan saya pun memandu agak laju (purata 160km/h, harap-harap tak ada lah terkena ‘speed trap’ – hehehe ) maka saya sampai di sana tepat pada jam 10 pagi.  Pertama kali saya sampai ke sini,  rupa-rupanya banyak kilang-kilang industri di kawasan Taman Teknologi Johor ni. Terdapat juga SIRIM dan NIOSH di sini.

Mencari kilang Stabilo ni taklah susah sangat. Dari tepi lebuhraya pun dah nampak (selepas keluar tol Skudai). Saya sempat memandu sekitar taman teknologi ini untuk melihat-lihat sekitarnya. Memang banyak kilang dan EZGuard pun memang sesuai di sini (kalau dapat market sini memang bagus nih!).

Tepat jam 10.30 pagi saya terus masuk ke Stabilo. Walaupun temujanji jam 11, tapi takpelah saya masuk ke pejabat mereka dahulu. Biar sampai awal supaya mereka tahu kami dah sampai. Tak lama selepas itu, Cik Nor (kakitangan Stabilo) datang dan disertai beberapa orang kakitangan yang lain termasuk Cik Wan, Cik Manju dan En Nasir kakitangan dari syarikat pengawal keselamatan.

Saya dibawa ke bilik presentation dan membuat sedikit penerangan tentang EZGuard. Selepas beberapa minit sesi soal jawab dan pertanyaan tentang EZGuard, saya dikehendaki menunjukkan cara pemasangan EZGuard kepada salah seorang kakitangannya iaitu Cik Manju. Beliau yang akan bertanggungjawab sebagai ‘penjaga / admin’ sistem EZGuard, manakala pengawal keselamatan akan menjadi ‘pengguna tegar’ sistem ini.

Sistem ini akan digunakan oleh jabatan Human Resource (HR) Stabilo bagi memantau tugas-tugas rondaan pengawal keselamatan yang dilantik. Dengan ini pihak HR dapat menentukan samada pengawal keselamatan menjalankan tugas-tugas  seperti yang diarahkan atau tidak? Sekiranya mereka tidak menjalankan tugas, mudahlah pihak HR memotong pembayaran perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan yang dilantik.

stabilo2 stabilo1 Saya dan Cik Manju.

Proses pemasangannya atau ‘installation’ EZGuard ini taklah susah. Selepas selesai semuanya, maka saya pun bertolak balik. Sebelum balik, mereka telah sediakan cek bayaran (memang cepat sungguh mereka sediakan cek bayaran! – terima kasih Cik Nor). Hanya RM1999 sahaja.

stabilo3

Terima kasih Stabilo! Dapat banyak pen pula lagi.

P/S – Banyak lagi prospek untuk EZGuard. Saya sedang mencari Pengedar Tunggal dan Agen setiap negeri. Berminat? Klik di sini.