Selamat menyambut Ramadhan saya ucapkan. Marilah kita menyambut ramadhan dengan penuh kegembiraan. Bukannya lemah semangat, nak buat kerja pun lemah ajer. Yang penting sekali mari kita gandakan amalan bulan ini lebih daripada bulan-bulan lain. Inilah penghulu segala bulan. Bulan yang Allah kurniakan khas untuk kita sebagai umat akhir zaman. Subhanallah Maha Suci Allah… Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Bagi saya, ramadhan selalu saya jadikan tanda ukur samada adakah Ramadhan tahun ini akan saya jumpai lagi di tahun hadapan? Ohh.. umur kita makin singkat rupanya.. ramadhan tahun ini juga saya kehilangan beberapa orang keluarga terdekat yang mana usia mereka masih dikatakan muda lagi tetapi telah meninggalkan dunia yang sementara ini. Siapa sangka ramadhan lepas dapat bersama, tapi kini mereka sudah tiada lagi… Inilah hakikat sebenar kehidupan. Cuma.. adakah kita sudah benar-benar bersedia?
Oh ya, ada sedikit info yang saya nak update di blog ini. Memang dulu saya pernah tulis blog, tapi hanya bertahan beberapa hari sahaja. Sudah beberapa kali sebelum ini saya menulis blog tapi semuanya gagal. Namun akhirnya, kini saya merasakan saya nak menulis di blog. Sebabnya saya rasa saya nak merakamkan apa-apa perkara penting yang berlaku dalam kehidupan saya. Rugi rasanya kalau saya biarkan begitu.
Pada hari Selasa dan Rabu lepas (18 – 19 ogos) lepas telah diadakan satu kursus yang saya kira cukup menarik di JTC. Nak tahu tak kursus apa? Tengok di bawah ini:
Klik jer gambar atas ni untuk besarkan…
Kursus ini dianjurkan oleh Xplore-resources.com dan telah diadakan di JTC selama 2 hari tersebut. Sepanjang kursus memang riuh rendah JTC dibuatnya. Mungkin ada sesuatu yang melucukan. Mereka semua memang sporting.
Next kursus tak tahu lagilah bila? Kursus seperti ini memang bagus kerana sukar mencari kursus yang dianjurkan sebegini. Mereka yang datang kursus ni orang penting syarikat juga. Apa taknya, sebenarnya setiap individu atau jawatan dalam organisasi memainkan peranan masing-masing. Jadi memang kursus seperti ini banyak membantu meningkatkan kecekapan organisasi.
Sempat juga saya dan krew JTC ambil beberapa keping gambar mereka ini.
En. Zahid dan Puan Suhana dari Xplore-Resources.com sedang bersungguh-sungguh memberikan training. Mereka berdua ni memang pakar dalam bidang masing-masing.
Antara peserta-peserta kursus yang kononnya serius tapi suka bergurau senda… riuh rendah bilik training dibuatnya. Mereka datang dari pelbagai syarikat terkemuka tempatan.
Dapat sijil kursus lagi… kira dah khatam lah ni… Tahniah! Lepas ni boleh apply apa yang diajar dalam kursus ya.
Makan pun sodap!…tambah lagi bang…
Sempat bergambar dengan En. Zahid (orang penting Xplore-Resources). InsyaAllah next time datangĀ lagi ya!
























