Sebenarnya percutian ni tak dirancang sangat. Namun dah lama sangat janji dengan anak-anak, akhirnya saya buat keputusan untuk bercuti ke Kuantan.
Dah lama juga tak ke Kuantan. Seingat saya 10 tahun lepas. Memandangkan hotel di sana banyak, tak perlulah risau. Nanti sampai sana walk-in saja lah.
Lagipun ini bukannya cuti sekolah cuma cuti biasa Sabtu Ahad sahaja. InsyaAllah bilik hotel tak ada masalah lah. Perjalanan ke sana memang teruja. Anak-anak pun tak sabar nak sampai sana.
Saya pulak nak merasa highway Lebuhraya Pantai Timur (LPT). First time lah ni melalui LPT. Selama ni asyik dengar kawan-kawan cerita pasal LPT. Macam-macam cerita ada.
Bertolak jam 8 pagi, berhenti rehat di R&R Gambang, makan-makan dulu. Sampai Kuantan lebih kurang jam 12.30 tgh. Ronda-ronda lah dulu pekan Kuantan. Maklumlah dah lama tak jenguk Kuantan. Sempat juga singgah di MS Garden Hotel – saja tanya ada bilik kosong tak? Reception manis jawab, “maaf bilik semua penuh Encik”.
Tak pelah no worry. Hotel di sini banyak. Nanti hotel lain mesti ada. Sempat juga menyinggah di Telok Cempedak. Memandangkan waktu dah tengahari, jadi tak perlulah menyinggah lagi. Terus ke destinasi utama mencari hotel penginapan dulu. Apa-apa dah dapat hotel nanti senanglah nak bergerak sana sini.
Terus menuju ke Swiss Garden Hotel di Pantai Balok. Alamak… ramainya kereta. Banyak lambang TM pulak. Ini mesti ada event TM ni. Pergi tanya kaunter registeration, sekarang ada bilik kosong tak? Receptionist jawab,” Maaf En. bilik semua dah penuh”.
Tanda-tanda alamat tak berapa baik lah ni. Teruskan perjalanan di Pantai Balok. Memang sah, pantai kena tawan dengan TM. Mereka ada event. Hotel-hotel sekitarnya pun penuh dengan kenderaan TM.
Tanya lagi beberapa hotel disekitar Pantai Balok, pun semuanya penuh. Waduhhh!… macam mana ni?
Memandangkan Pantai Balok dah kena tawan, saya pun teruskan menghala ke Cherating. Di sana mungkin ada peluang dapat bilik. Sepanjang perjalanan ke Pantai Cherating banyak juga papan tanda hotel.
Singgah di Legend Resort – penuh, Holiday Villa – penuh, dan beberapa hotel lain lagi yang saya pun tak ingat dah. Hinggalah saya rasa paling hujung lah kami pergi iaitu Impiana Hotel. Semuanya penuh.
Tak ada chance lah rasanya nak menginap sekitar kawasan sini. Saya berpatah balik untuk ke Kuantan semula. Cuba lah cari hotel di sekitar Kuantan. Mungkin ada peluang di sana. Dalam perjalanan ke sana, sempat singgah di satu hotel Sanctuary Resort. Jumpa receptionist di sana, katanya “Bilik dah penuh semua, tapi kalau nak ada kena tunggu lewat sikit. Ada yang nak keluar.” Saya tanya, “sampai pukul berapa nak tunggu?”. Dia kata “tak pasti”. Saya pun pesan pada cik adik tu, nanti kalau dah ready bilik tolong telefon saya”. Dia pun kata, “okay bang!…”
Saya pun tak boleh tunggu situlah. Tak tahu berapa jam nak tunggu. Saya teruskan ke Kuantan. Masuk je Kuantan, check setiap hotel yang jumpa… bermula dengan Hotel Vistana – penuh, Citi View – penuh, Mega View – penuh, Seri Malaysia – penuh, Grand Continental – penuh, dan beberapa lagi yang saya pun tak ingat, semuanya penuh. Waduhhh!!…
Dah terbayang lah kene tidur masjid agaknya ni. Kesian pulak orang rumah dan anak-anak. Ingatkan nak happykan diarang, tapi lain lak jadinya. Jam dah lewat dah. Hingga jam 4:45 pm masih tak dapat hotel.
Akhirnya, teringat saya pada Sanctuary Resort tadi. Tapi mereka tak telefon pula. Tak apalah… saya suruh orang rumah tanya. Berita baik, bilik dah ready. Boleh datang sekarang check in.
Yahhhooo… syoknya… dapat juga tempat menginap. Terus pecut ke Sanctuary Resort di sekitar Cherating. Jauh juga perjalanan dari Kuantan. Dalam 30 minit.
Sampai di sana, kena tunggu pulak beberapa minit. Bilik belum clear lagi. Tak apa lah… sabo je la. Ni pun dah beruntung ada bilik. Lebih kurang jam 6 barulah masuk bilik.
Fuhh lega…dapat juga bilik!
Nak tengok tak bilik yang saya tinggal? Ni lah akibatnya bila bercuti tapi tak merancang. Apa macam menarik tak? Hehehe…
Apapun syukur dapat juga tempat menginap.

Nasihat untuk diri saya sendiri – lain kali nak pergi bercuti tempah hotel awal-awal.
Nasihat untuk anda – kalau boleh elakkan duk di hotel ini. Harga caj bilik ini tak sepadan lah dengan keadaannya. Sebelah paginya, bila nak mandi air tak ada. Terus cepat-cepat kemas barang – checkout! Balik…




