Archive for August, 2009

Demo EZGuard

Demo EZGuard 26hb.Ogos 2009.

hafizal1

Saya bersama Sdr Hafizal Ramli. Agen baru EZGuard daripada Bandar Jengka, Pahang.  Beliau ni seorang usahawan yang berwawasan. Anda boleh melawati laman webnya di www.HafizalRamli.com .

Walaupun masih muda tetapi jiwa keusahawanannya tinggi. Muda-muda berisi.

Pekerjaan sebelumnya adalah pensyarah di UMS dan masih menjadi pensyarah jemputan di Open University. Dalam proses mendapatkan PhD. InsyaAllah.. tuan Dr selepas ini. Tabik tuan…

ezguarddemo1 ezguarddemo2

Cuba perhatikan pada report yang dihasilkan. Semuanya adalah 100% otomatik. Tiada sesiapa pun boleh mengubahnya. Tanpa perlu buat secara manual lagi! Jimat masa dan data adalah ‘sahih’ seperti data asal rondaan.

ezguarddemo3 ezguarddemo4

Saya menunjukkan demo penggunaan step by step. Senang sahaja penggunaannya.

ezguarddemo5 ezguarddemo6

Bila ada demo kit seperti ini, memang memudahkan kerja. Memudahkan anda dan mudahlah prospek melihat bagaimana EZGuard ini berfungsi.

Di akhir sesi saya memberikan sesuatu yang istimewa yang hanya diberikan kepada yang hadir sahaja. Hmmm… memang spesial tuh!


Stabilo Guna EZGuard

Anda pernah dengar Stabilo? Ya.. tentu ada yang pernah dengar nama ni. Kalau kita pergi kedai alat tulis, banyaklah jenama Stabilo ada di situ. Sebenarnya Stabilo adalah jenama produk. Nama syarikat yang memiliki produk ini adalah Swan Malaysia Sdn. Bhd.

Semalam saya ke Senai. Tujuannya hanya satu iaitu untuk ke kilang Stabilo di Taman Teknologi Johor. Saya bertolak pada jam 7 pagi bersama staff saya (Fariz). Temujanji lebih kurang jam 11 pagi. Saya anggarkan masa perjalanan adalah sesuai untuk temujanji jam 11 pagi tersebut.

Disebabkan perjalanan di lebuhraya yang lancar dan saya pun memandu agak laju (purata 160km/h, harap-harap tak ada lah terkena ‘speed trap’ – hehehe ) maka saya sampai di sana tepat pada jam 10 pagi.  Pertama kali saya sampai ke sini,  rupa-rupanya banyak kilang-kilang industri di kawasan Taman Teknologi Johor ni. Terdapat juga SIRIM dan NIOSH di sini.

Mencari kilang Stabilo ni taklah susah sangat. Dari tepi lebuhraya pun dah nampak (selepas keluar tol Skudai). Saya sempat memandu sekitar taman teknologi ini untuk melihat-lihat sekitarnya. Memang banyak kilang dan EZGuard pun memang sesuai di sini (kalau dapat market sini memang bagus nih!).

Tepat jam 10.30 pagi saya terus masuk ke Stabilo. Walaupun temujanji jam 11, tapi takpelah saya masuk ke pejabat mereka dahulu. Biar sampai awal supaya mereka tahu kami dah sampai. Tak lama selepas itu, Cik Nor (kakitangan Stabilo) datang dan disertai beberapa orang kakitangan yang lain termasuk Cik Wan, Cik Manju dan En Nasir kakitangan dari syarikat pengawal keselamatan.

Saya dibawa ke bilik presentation dan membuat sedikit penerangan tentang EZGuard. Selepas beberapa minit sesi soal jawab dan pertanyaan tentang EZGuard, saya dikehendaki menunjukkan cara pemasangan EZGuard kepada salah seorang kakitangannya iaitu Cik Manju. Beliau yang akan bertanggungjawab sebagai ‘penjaga / admin’ sistem EZGuard, manakala pengawal keselamatan akan menjadi ‘pengguna tegar’ sistem ini.

Sistem ini akan digunakan oleh jabatan Human Resource (HR) Stabilo bagi memantau tugas-tugas rondaan pengawal keselamatan yang dilantik. Dengan ini pihak HR dapat menentukan samada pengawal keselamatan menjalankan tugas-tugas  seperti yang diarahkan atau tidak? Sekiranya mereka tidak menjalankan tugas, mudahlah pihak HR memotong pembayaran perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan yang dilantik.

stabilo2 stabilo1 Saya dan Cik Manju.

Proses pemasangannya atau ‘installation’ EZGuard ini taklah susah. Selepas selesai semuanya, maka saya pun bertolak balik. Sebelum balik, mereka telah sediakan cek bayaran (memang cepat sungguh mereka sediakan cek bayaran! – terima kasih Cik Nor). Hanya RM1999 sahaja.

stabilo3

Terima kasih Stabilo! Dapat banyak pen pula lagi.

P/S – Banyak lagi prospek untuk EZGuard. Saya sedang mencari Pengedar Tunggal dan Agen setiap negeri. Berminat? Klik di sini.


Demo & Peluang Bisnes EZGuard.

logosystemnever

Tarikh / Hari: 26hb. Ogos 2009 (Rabu)

Masa: 10am – 12pm

Tempat: JomTraining Center (JomTraining.com),

Bandar Tasik Selatan, KL.

Terhad 25 orang sahaja!

demokit

Inilah papan demo. Senang ada benda ni. Boleh dibawa ke mana-mana. Masuk dalam beg pun takde masalah. Saiz sebesar kertas A4. Tunjuk kat prospek senang faham. Mudah closing!

Saya sendiri akan memberikan demo kepada anda.

Pada hari Rabu lepas saya tak dapat mengadakannya kerana JTC ada kursus lain. InsyaAllah pada Rabu ini akan diadakan lagi Demo ini. Cuma bulan puasa ni takdelah jamuan ringan ya.

EZGuard juga akan digunakan di kilang Stabilo di Senai (hhmmm… more factories to come… tapi dirahsiakan dulu). Oleh kerana masih tiada PTN di Johor maka InsyaAllah saya sendiri akan ke sana pada hari Selasa sebelumnya untuk menghantar produk ini. Disamping itu saya juga akan memberikan tunjukajar cara penggunaan produk ini kepada kakitangannya. Senang je guna alat ni…

Sapa yang berminat nak jadi PTN Johor? Prospek banyak ni…

Apa itu EZGuard?

1 Comment more...

Kawan Google

Tags

Copyright © 1996-2010 ZakiYusof.com. All rights reserved.
iDream theme by Templates Next | Powered by WordPress